Tuesday, July 19, 2011

Puff Daging

Salam....Masih dalam mood tak tau nak berkata-kata....Ha ha ha..Apa penyakitlah plak ni...

Takpelah..Kita layan jelah Puff Daging ni...Resipi orang malas-malas.....Kali ni buh daging banyak-banyak n kentang tu sekadar syaratnya..memang bestttttt

BAHAN-BAHAN
  • 5 keping instanf puff pastry (Jenama kawan)
  • 1 biji telur kuning (Untuk sapu atas)
Bahan Inti
  • 250 gm daging (Dikisar guna food pressesor)
  • 2 biji kentang (Dikupas dan potong dadu)
  • Air secukupnya (Sekadar mengempukkan daging dan kentang)
  • Garam dan perasa secukupnya
  • *2 sb serbuk kari daging (Sue guna brand Babas)
  • *1 sb serbuk cili (Pun guna brand Babas)
*Dicampur sedikit air untuk jadikan pes
  • **2 labu bawang besar
  • **2 ulas bawang putih
  • **20 gm bilis
  • **10 tangkai cili kering (Rendam air panas sehingga lembut) ~Boleh lebihkan jika mahu lebih pedas
Kesemua bahan** diblend

PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Inti : Tumis bahan** yang siap diblend sehingga terbit bau.Masukkan bahan pes dan daging.Kacau sehingga rempah sebati ngan daging.
  2. Masukkan kentang dan tambah air secukupnya sekadar untuk mengempukkan daging dan kentang.Tutup kuali.
  3. Apabila kentang sudah empuk masukkan perasa.Masak lagi sehingga inti kering.
  4. Angkat dan ketepikan sehingga sedia digunakan
  1. Untuk Puff : Keluarkan puff dari peti ais sejurus sahaja mahu digunakan.Letakkan pastry puff di atas papan canai dan potong 4 (seperti dalam gambar)
  2. Letakkan inti di atas dua keping puff dan 2 baki lagi dijadikan tutupnya (seperti dalam gambar) Tekan-tekan sekelilingnya menggunakan garfu.
  3. Susun puff di atas dulang pembakar.Sapukan telur kuning di atasnya dan biarkan seketika di atas dulang sehingga pastry betul-betul lembut.
  4. Setelah puff betul-betul lembut barulah dimasukkan kedalam oven yang siap di panaskan terlebih dahulu.Jika ada function fan, on kan.
  5. Bakar pada suhu sederhana sekitar 160Cselama lebih kurang 10 minit...
  6. Setelah itu naikkan sedikit lagi suhu sekitar 170~180C dan bakar lagi sehingga kekuningan / puff masak....

4 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Sue...

Jangan Lupa Puff Tu Tinggalkan 2 / 3 keping Utk Kak Lin tau...

che'iza said...

Assalam sue...

Rajinnyerlah ko duk melapis puff tu... Cantik.... suker... suker....

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sedapnya .ada lagi ke????

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Lyn..Beresssssss...

Kak Iza..He he he he..."kawan" kan ada....Cepat, senang dan memudahkan kojo makcik ni.....

Kak Ros, aikkkkk...nak wat balik tapau ke?