Monday, August 22, 2011

Kerabu Daging Rusa

Assalamualaikum.....Hari ni kita layan kerabu daging rusa plak yaaaaa.....Sedapppp.Struktur dagingnya sedikit halus dan lembut berbanding daging lembu..Lemak pun kurang...Tapi kalau tak de daging rusa pun boleh gak gantikan ngan daging lembu...

Cumanya Sue sedikit konfius tang sos Thai tu..Tak pasti yang dimaksudkan tu sos cili thai tu ke atau sos ikan thai tu...Tapi kalau tgk kuantiti yang di bagi rasanya macam Sos cili Thai, sebab kalau buh sos ikan thai biasanya dalam 2~3 sudu jeee..Tapi len kali rasanya macam nak skip jeeee sos..Pasal rasanya yang sedikit manis, tak sesuailah plak kat anak tekak ni....Ngeeeee..Apa-apa pun Sue share juga resipinya kat sin


KERABU DAGING RUSA
Sumber : Majalah Rasa Sept 2011


BAHAN-BAHAN
  • 3OO gm daging rusa (Direbus sehingga empuk)
  • *100 gm cili padi
  • *1 batang bunga kantan
  • *50 gm daun ketumbar
  • *1 batang serai
  • *1 labu bawang besar
  • *2 biji cili merah (Kesemua bahan* dimayang/hiris halus)
  • 1 biji tomato (Didadu)
  • 80 gm sos Thai
  • 50 gm jus limau
  • Garam & Gula secukup rasa
PENYEDIAANNYA
  1. Daging rusa yang telah direbus dihiris dan dimasukkan ke dalam mangkuk.
  2. Kemudian masukkan masukkan kesemua bahan-bahan yang telah dihiris ke dalam (1)
  3. Masukkan juga tomato dadu, sos Thai, perahan limau nipis, garam dan gula secukupnya ke dalam (2).Gaul sebati dan sedia dihidang

2 comments:

Amie said...

tercium daging rusa... rupanya dia buat kerabu, mesti rasanya sedap! belum beli lagi majalah rasa sept... agaknya banyak resepi terbaru kot...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Amie...Ok gak resipinya cuma keluaran ni banyak resipi biskut..lauk pauk kurang