Friday, September 23, 2011

Biskut Kacang Mazola

Assalamualaikum...Salam di pagi Jumaat Penghulu segala hari
Dan salam sejahtera nan ceria buat semua pengunjung2 Rencah Kehidupan..Terima Kasih sebab sudi bersinggah ke blog yang tak seberapa ni.....

Haaa..ni kukis ke-dua yang sempat Sue buat...He he he terpaksa pilih kukis yang simple2 dan main gaul-gaul jeeeee....Almaklumlah...Senang, cepat, mudah dan yang penting sedapppppppppp......

Ambik resipi dari rumah Mek Siam dan resipi asal dari Kak Lily...Memang sedap dan kena selera...Tang kacang tu, bukan suke2 kurangkan tau..tapi itu je stok yang ada...sebab untuk kukis ni Sue beli kacang yang ready made siap tumbuk tu..tinggal guna jeee..Dan sepaket, berat dia 150gm jeee...Dan Sue tak blend lagi sebab pun nak dapatkan rasa kekacang masa menguyah biskut tu....

Pasal minyak tu, sekadar panduan Sue je..almaklumlah ni pertama kali buat kukis ni...Pun awal2 takut gak pasal mana-mana resipi pun tak buh sukatan minyak...main agak2 dan bila Sue masukkan tu agak2 dan boleh bentuk doh dan tak berderai...so takat itu jelah yang Sue buh...

Dari pemerhatian Sue..kebiasaannya biskut orang lain, jenis cair di mulut..Tapi hasil yang Sue dapat sedikit rangup mungkin sebab kacang Sue tak betul2 lumat dan minyak yang Sue masukkan sekadar tidak bagi adunan berderai....Apa-apa pun Sue Suke hasil yang Sue dapat ni....


BISKUT KACANG MAZOLA
Sumber :
Ika@Bangkok / Lilydvalley@MyR

BAHAN-BAHAN
  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus (Yg ni kita buat separuh tumbuk separuh lagi blend, nak rasa kacang2 dia tuu) ~ Sue guna 150gm jeee
  • 100 gm gula -kisar halus ~Sue guna gula aising
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya ~Sue guna 125ml
  • Kuning telur ~Untuk sapuan
  • Sedikit garam (Tambahan, kak madiha yg suggest cuba letak garam kasi lemak2)
PENYEDIAANNYA
  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan.

2 comments:

umi's cup cake said...

Salam sue,
umi pun macam sue jugak suka yang senang2 je...maklum la bz(konon2 la)dan umi siap ada stok kacang tumbuk kat rumah..dah lama umi teringin nak buat cuma panyakit M sangat la besar...bila vitamin R macam sue nak datang ya

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Umi..Saya baru ni 1st time buat ni...Mula2 mcm tak berminat pasal tgk resipi main gaul ngan minyak sampailah satu hari tu saya makan kukis yang opis mate bawa..then baru terbuka hati nak wat sendiri sementelah lagi senang....