Thursday, September 22, 2011

Kobis Kacau Goreng

Assalamualaikum dan Selamat Malam...

Jommm layan dulu sayur serba ringkas ni yang Sue gandingkan bersama Udang Galah Goreng Berempah..Walau Sue percaya semua orang pun pandai & tahu untuk masak sayur..Tapi sekadar berkongsi idea di sini....

KOBIS KACAU GORENG
Sumber : - Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 1/4 biji kobis (Di potong memanjang)
  • 1 batang fish cake
  • 1 ketul tauhu (digoreng dan potong lapan)
  • 1 labu bawang besar (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 5 tangkai cili (potong)
  • sedikit kiub pati ayam
  • 1/2 cawan air (jika mau sedikit berkuah)
  • Garam & gula secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili sehingga wangi.Masukkan kiub pati ayam dan kacau sebati..
  2. Masukkan fish cake dan kobis..Juga sedikit air jika mahu berkuah..Perasakan ngan garam dan gula...
  3. Bila sayur sedikit layu, masukkan tauhu yang siap digoreng dan kacau sehingga semua bahan sebati..
  4. Tutup api dan sedia di hidang bersama lauk pauk kegemaran...

3 comments:

HomeKreation said...

Along pun suka masak sempoi2 camni.

Sheery Dream Cakes said...

sayur masak gini ler yg sedap... suka sgt makan... tambah2 lg makan ngan nasi putih panas.. mmg best!

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Ros & Kak D...kalau sayur selalu mcm xde idea nak masak apa..selalu pun kacau goreng cengginilah...Cuma bahan2 nya saja buat variati....