Thursday, September 22, 2011

Cornflakes Madu & Kekacang

Assalamualaikum....

Hari ni berapa haribulan ya...? Emmmmm...24 Syawal rupanya kita yaaa....kih kih kih....Orang len nak masuk Syawal dah mula bertukus lumus wat kukis raya..Tapi tuan rumah sini..ketinggalan ketepi plak....Dah nak masuk Zulkaedah...Baruuuuuuu sibok2 nak ngukis.....

Bukan apa..Sebenarnya niat Sue baik tauuu..Nanti cian kakak2 kite yang ambik order tu..Iyalah, klu semua orang nak wat sendiri tak de market plak diorang nanti....kan kan kan..Alasan..Ha ha ha ha..

Aceli, memang ada niat nak ngukis sendiri, tapi memandangkan situasi MakCik ni yang teramat-amat lah sibuknya..So project pun asyik terbengkalai jelah....Since dah nak abis raya, kesian plak duk tengok barang2 kuih ni duk berlonggok-longgok..So gagah kah juga diri ngukis...

Tapi kan..jangan le gelak yaaaa....Dengar citer siap beli barang bagai dengan semangat nak ngukis berrbagai2 jenis..Last-last ini je yang mampu dijelmakan...Tak pelah kan....Itu je yang ku mampu....

Resipi ni kawan masa sekolah dulu yang kasi...So sejak guna resipi ni, dan setiap kali buat, sambutannya amat menggalakkan...Rasanya pun just nice..Cornflakes nya pun kekal rangup dan tak keras walau pun just masukkan kat freeze..Tapi kalau bakar seketika lagi bestttttt pasal kukisnya tak lah berderai sangat........Dan resipi asal tak de kekacang..Ni Sue sajelah tokok tambah siket.....

CORNFLAKES MADU & KEKACANG
Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 150 gm butter
  • 5 sb gula merah
  • 2 sb madu
  • 3 sb golden syrup ~ Klu xde boleh gantikan ngan madu...otherwise
  • 6 cawan cornflakes
  • 1 cawan Kekacang (walnut,almond,peanut etc)~Disangrai
PENYEDIAANNYA
  1. Kesemua kekacang di sangrai/bakar secara berasingan kemudian ditumbuk/blend kasar.Ketepikan.
  2. Masukkan butter,gula merah,madu dan golden syrup ke dalam periuk.Kacau sekejap je sekadar untuk sebatikan bahan2 tersebut.Pastikan api kecil sahaja dan tidak terlalu lama supaya butter tidak pecah minyak.
  3. Apabila semua adunan sudah sebati,tutup api dan terus kacau sehingga likat dan suam-suam kuku.
  4. Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar.Curah (3) ke atasnya dan gaul sekata.Patah-patahkan sedikit~ala-ala manja~kepingan cornflakes tersebut (jgn ramas/hancurkan ia)
  5. Taburkan (1) ke dalam (4) dan gaul sekata.Jika mahukan kismis..Boleh masukkan juga.
  6. Sudukan ke dalam paper cup.Susun di dalam dulang pembakar dan bakar lebih kurang 2~3 min.Sejukkan di atas redai dan bolehlah di simpan di dalam bekas kedap udara.

NOTE :- Kalau tak nak bakar pun boleh gak...Susun di dalam dulang pembakar dan masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 15~30 min.Keluarkan dan boleh di simpan di dalam bekas kedap udara.

PETUA KAWAN :- Pastikan adunan butter suam-suam kuku dahulu sebelum dicurah ke atas kepingan cornflakes untuk mengelakkan cornflakes tadi menjadi lemau

4 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sue..kuih raya ada lagi????

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ros....Ada-ada...fresh2 lagi ni....

Sofea said...

salam sue..sama la kita buat cornflake madu..biskut yg digemari ramai!

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Sofea...betoi betoi betoi...dahlah senang kan....