Monday, September 19, 2011

Ketupat Sotong

Assalamualaikum...

Hari ni layan ketupat sotong jelah yaa....Sebenarnya masak ni secara kebetulan jeee...Last week masa BW kat rumah Kak Nor secubit Garam, terguda pula ngan sotong Kak Nor yang dok posing cantek tu dan tang-tang tu pula diriku terkena panahan asmara dek lama bebenor anak tekak ni tak menelan ketupat kegemaranku ini...

So, lepas keje tu, terus gi Econsave cari sotong...Tapi agak mengecewakan..Tarak yang cantek2, tapi dek teringin sangat rembatlah juga dekat2 10 ekor..Tak ambil banyak pasal tahu Hb tak makan, anak2 plak, standby lah 2~3 ekor klu diorang nak kan...Wat banyak tak abiskan membazir plak...

So malam tu juga projek bermula..Tapi nyata sangkaan Sue meleset, belum sempat masak lagi, Si Sara & Yaya dan beriya-riya nak merasanya..Dah siap je masak, tang2 tu juga diorang serbu, tinggal 2 ekor je kat Mamanya...Tapi takpe, Mama suke pasal dah ada geng...Ha ha ha..Terus plan, Rabu nanti mesti singgah pasar tani cari sotong lagi, pasal kat sana sotongnya fresh2....Lagi pun dah janji ngan Sara & Yaya, nanti nak buat lagi...

Ha ha ha..Memandangkan hanya 2 ekor je yang tinggal, so gambar pun hanya itu je yang sempat diselamatkan..Yang len tu kena scan kat perut Sara&Yaya....Ngeeeeeee....


KETUPAT SOTONG

Sumber :
Kak Nor@Secubit Garam

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg sotong
  • 1 1/2 cawan beras pulut ~ direndam 15min
  • santan cair secukupnya
  • 3 biji bawang merah ~ dimayang halus
  • 1 in halia ~ dihiris panjang
  • 1 sudu besar halba
  • 3/4 cawan santan pekat/fresh
  • 1 1/4 cawan air
  • garam & sedikit gula lidi/pencungkil gigi
PENYEDIAANNYA
  1. Kukus beras pulut bersama santan cair dan sedikit garam lebih kurang 10 min. (Santan cair hendaklah sama aras/tinggi dgn beras)
  2. Sementara itu bersihkan sotong dan buang kulit luarnya. Toskan hingga kering.
  3. Bila pulut dah siap dikukus, masukkan pulut kedalam sotong sambil dipadatkan sedikit (supaya nanti pulut tidak berderai bila dah masak) Pulut diisikan lebih kurang 3/4 bahagian saja dr badan sotong.
  4. Kemaskan hujung sotong dgn lidi/pencungkil gigi.
  5. Masukkan santan pekat, air, bawang merah, halia, halba, garam dan sedikit gula ke dalam kuali/periuk.
  6. Masukkan pula sotong yg dah siap disumbatkan dgn pulut tadi dan masak dgn api sederhana hingga mendidih. (Hendaklah sentiasa mengacau semasa proses memasak ni supaya santan tidak pecah/naik kepala. Jgn kacau terlalu kuat ya... )
  7. Ketupat sotong sedia utk dimakan.

6 comments:

Amie said...

cantiknya ketupat sotong! tabiklah...nampak sedap sangat...

K.Nor said...

wahhh dah buat! puas hati dpt makan yg dibuat sendiri kan nenie :) hari tu yg k.nor buat dkt 1kg pun melantak hari2 dgn cik abg :)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sue nak gi pasar tani kat mana? nak ikut...Kak ros punsuka tupat sutong ni...

Chik Mimi said...

wah nenie tertariknya,masa akak kat Dungung dulu yg ni akak tak belajar makang ghugi kan

Juwita Jamaludin said...

pernah makan sekali kawan buatkan..:) orang pantai timur suka kan masakan ni

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Amie..Thanks..Suke resipi ni...penuhi selera, sama patern ngan yang mak Sue buat...

Kak Nor, tingin gak nak wat banyak, tapi hari tu sotongnya tak cantek sangat, saiz pun tak mencapai piawaian..Kiranya rembat gak utk lepas gian je lah...Apa-apa pun thanks utk resipi best ni...Sukeeee

Kak Ros..Biasa saya gi Pasar Tani Kota Kemuning..Jommmm gi angkut sotong sana banyak banyak..

Kak Mimi..Tak pe..kita qada balik..Cubalah resipi Kak Nor ni...memang sedappppp

Kak Ita..Ha ha ha ..Hb nampak pelik tgk ni masa memula balik Trg..Tapi sampai sekarang pun dia tak makan ni....