Sunday, September 18, 2011

Mee Goreng

Assalamualaikum.....Jom sarapan ngan mee goreng dulu.....

MEE GORENG

Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • ½ bungkus mee kuning (Dibasuh & toskan)
  • 1 pokok sawi (Di potong dan asingkan batang&daunnya)
  • 2 keping fish cake
  • 2 biji telur (Digoreng ala scramble)
  • 10 ekor udang (Dibersih & Buang kulitnya)
  • 1 biji cili merah (potong serong)
  • 50 ml air (Jika maukan mee goreng lembap2 basah)
  • Garam & gula secukupnya
Bahan Tumis (di blend)
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili kering (rendam air panas sehingga lembut & toskan)
  • 1 sb udang kering (basuh & toskan)

Bahan Sos
  • 1 sb sos tomato
  • 3 sb sos cili
  • 1 sb kicap pekat manis
  • ½ kiub pati ayam
PENYEDIAANNYA
  1. Tumis bahan tumis sehingga terbit bau dan cili masak.Masukkan bahan-bahan sos.Kacau sebati.
  2. Masukkan fish cake, batang sawi dan udang..Kacau sebati.Masukkan sedikit air jika perlu dan perasakan dengan garam dan gula.
  3. Masukkan mee,, telur & cili merah potong.
  4. Kacau sebati dan masak sehingga mee mula berwap...
  5. Masukkan daun sawi dan kacau lagi sehingga bergaul rata.Sedia di hidang...

6 comments:

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Morning sue.Hantar sepinggan kat kak Ros .Tak dak gas ni ,tak leh masak.B-fast sue hantar,lunch tak pa sebab kak ros nak gi raya.

Amie said...

Assalam Sue,
rajinnya buat sarapan.... mee goreng begini memang kegemamaran kami sekeluarga....sedapppp!

dZana said...

aslmkum sue..akk tak da srapan hr ni.. masak soto utk cover brkfas n lunch.. mee grg cmni mmg sedap.. kasi pedas sikit..

Deliah's Deli said...

mana cukup sikit tu...blh tambah lagi? :)))

Juwita Jamaludin said...

menu yang selalu buat kalau kering idea.. hihi tambah semua suka

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Rose..Wokehhhh Siappppp...Delivery lagi kat depan pintu..Ding Dong.....

Kak Amie..He he he...Kalaulah rumah terbuke start pepagi bute....

Kak Zana...Yup..saya pun uke mee pedasss tapi apa kan daya....Anak2 tak makan pedas...

Kak Del..Tinggal space utk open house plak.....Nantikan rugi plak bila sampai sana, terpaksa cakap "Maaf, kami dah kenyang".....

Kak Ita.. Betoi..betoi...betoiiii....