Monday, September 12, 2011

Percik Ayamas Goreng

Salam Lebaran buat semua...Emmmm lama betul tuan rumah tak on9....

Rasanya macam tak terlalu lambatkan kan ucapkan Salam Aidilfitri buat semua pengunjung Rencah Kehidupan dan kesempatan ni juga tuan rumah nak mohon maaf jika ada tersalah bahasa yang meyentuh hati mana-mana pihak..Almaklumlah, kadang2 niat kita bergurau senda, tapi tanpa disedari ianya menyentuh sensitiviti pihak-pihak tertentu juga kannnn...

Emmmm...Sue pun tak leh berceloteh panjang..So kita layanlah menu yang bertunda-tunda ni....Resipi simple je dikala kemalasan melanda dan clearence stock.....


PERCIK AYAMAS GORENG
Sumber : Majalah Rasa Sept. 2011

BAHAN-BAHAN
  • 4 ketul ayam goreng rangup ayamas
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 steh halba
  • 200 ml santan pekat
  • 1 biji bawang besar (Potong bulat)
  • Garam & gula secukupnya
  • Lada Benggala & cili padi untuk hiasan
Bahan kisar
  • 1 cm lengkuas
  • 1 cm halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • Sedikit belacan (dibakar)
  • 3 sb cili kering
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak, goreng terendam Ayam Goreng Rangup Ayamas sehingga kuning keemasan.Tos dan ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar, serai dan halba sehingga wangi, kemudian masukkan halba & santan.Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  3. Masak sehingga santan pekat dan pecah minyak, tambah sedikit air jika perlu.
  4. Masukkan Ayam Goreng Rangup AyaMas dan bawang potong.Gaul sebati.
  5. Sedia dihidang.

4 comments:

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Salam sue ,kak ros pun suka buat ayam percik goreng sebab malas nak bakar ayam.Tetap sedap kan?

Mas said...

hmm..menyelerakan betoi ayam tu...

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Ros...Saya suka percik2 ni...Kalau dapat yang panggang lagi best, tapi kala kemalasan melanda goreng pon sodapppppp...he he he

Mas..Emmmm..baunya pun wangiiiii....

Juwita Jamaludin said...

mudah. sedap nampak..berselera makan
selamat hari raya sue