Thursday, October 20, 2011

Kari Ikan Tenggiri

Assalamualaikum..

Duk sibuk2 tayang pan baru sampai lupa nak tayang lauk dinner semalam....

Semalam masa duk syok2 BW dan bersinggah jap kat blog masak-masak yang pemes emes ni, sapa lagi kalau bukan blog Dapur Tanpa Sempadan...Tetiba plak terberkenan ngan kari ni...Aceli Ikan tenggiri ni adalah salah satu kegemaran Sue..Tapi kalau beli selalu pun goreng2 jeeee, sebab tak mau terlepas untuk menikmati kemanisan isi ikan ni....Memang betul2 takde idea nak masak apa ngan ikan ni..

Tapi bila tengok resipi ni kat DTS semalam dan bahan-bahan juga penyediaannya pun ringkas tetiba plak teringin nak mencubanya..So terus kopipes resipinya dan kebetulan pula semalam Hari Rabu, ada pasar Tani kat Kota Kemuning, apa lagi, sampai sana jeeee terus ke booth hasil lauk cari isi ikan tenggini...Hasil laut yang dijual kat sini fresh2..itu yang Sue suka bersinggah sini ni....Then ke bahagian sayuran, cari bendi...Bahan2 lain dah ada stok kecuali rempah kari ikan..Memang tak pernah simpan sebab jarang masak..

Bila balik rumah, dah siapkan budak-budak ni dan lepas Maghrib maka bermulalah operasi...Dan inilah hasilnya..

KARI IKAN TENGGIRI
Sumber : CMG @ Dapur Tanpa Sempadan

BAHAN-BAHANNYA
  • 2 ekor ikan tenggiri saiz sederhana, kerat ikut suka, bersih dan toskan ~ Sue guna 2 keping jeeee
  • 10 batang bendi muda, cuci dan toskan
  • 2 biji tomato, belah 3 setiap biji ~ Sue guna ½ biji jeee, pasal Hb tak suke sangat ni
  • 1 cawan santan
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 1 camca besar penuh cili kisar
  • 1 kiub ikan bilis "maggi" (optional) ~Sue buh ½ jee
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Untuk Pes
  • 3 1/2 camca besar rempah kari ikan (mat guna jenama Baba's) ~Sue pun
  • 4 biji bawang merah, kisar halus
  • 3 ulas bawang putih, kisar halus
  • 1 inci halia, kisar halus
Bahan Tumis
  • 3 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 2 tangkai daun kari, dilurut
  • 1 camca teh halba campur

PENYEDIAANNYA
  1. Bancuh rempah kari dengan ½ cawan air bersama bawang merah dan putih kisar, kacau rata hingga menjadi pes dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing.
  3. Masukkan rempah kari, tumis hingga terbit minyak, gunakan api kecil dan kacau selalu.
  4. Tuang air, kacau dan biar mendidih.
  5. Masukkan ikan, kiub ikan bilis (jika guna) dan bendi, kacau perlahan dan bila mendidih, masukkan jus asam jawa dan juga santan.
  6. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga bendi lembut.
  7. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi hangat..

8 comments:

Zaliedana said...

Assalam Sue,
Kak Ct kalo msk ikn kat umah nih utk hubby jer,coz kak ct xmkn,diammg suka lah kari2 nih,org pg lah katakan..Nmpak kari sue best ni..Hubby kak ct pon xsuka tomato,kalo bendi suka lah..Btw nak panggei sue ker eks..Ke sapa kakak eks..

Liza said...

Sue...Liza pun buat kari tenggiri smlm, tp xsempat nak letak lagi..

quinnie said...

kak nenie..saya kalau org hulur gulai kari memang tak pernah menolak..kekeke..tiap2 hari kari pun tak pe...heheheh

ibundo said...

salam sue,
mintak sepotong.. kegemaran bundo ni.

Sue @ Nenie said...

Salam

Kak Ct..saya taun 1979...boleh panggil mana-mana yang sesuai..

Kat rumah ni pula, hb tak suke sangat ikan tapi kalau ikan2 yang banyak isi macam ni, xpelah...

Kak Liza..Haaaaa tak sabar ni nak tunggu tayangan kari akak pula...

Quinnie, Kak Sue plak, kenal kari sejak kawin lah pasl hb hantu kari..

Ibundo..kita share jelah sepotong tu....makan cubit-cubit baru tambah mesra kannn....

rahel said...

Salam Sue
sedap ikan tenggiri masak kari..Rahel suka yg cam ni..

ijan said...

Tengok kari kak sue ni teringat MrFaiz yang dok sebut dia teringin nak makan kari ikan bawal. hehe... nak buat cemano, stok ikan bawal dah habis. Ikan tenggiri lagi lah takde kat sini. Last2 ikan salmon jugak lah kot. hehehe :D

Sue @ Nenie said...

Salam Ijan,
Iyalah kan, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain...mesti rindu juga makanan tempatan..kan kan kan...

Isi ikan Salmon ada yang kaler merah dan putih kan..agak2 klu masak kari mana yang lagi sesuai yaaaa...

Akak pernah sekali je makan ikan salmon, yang isi merah tu..yang putih belum pernah rasa lagi....