Wednesday, October 5, 2011

Kepah Bersantan

Assalamualaikum...

Pepagi ni kita layan kepah jelah yaaaa..Lauk dinner beberapa hari lepas....Iyalah kan...Dah makan ikan bakar sampai bertambah-tambah nasinya tak hingat dunia...So untuk hari seterusnya kita reducekan karbohidrat kat badan ngan makan kepah plak....Apa kaitan...? Iyalah kan....Dah duk leka belek-belek dan korek-korek isi kepah sampai terlupa jap nasi di pinggan....Tak pikir lagi nak tambah-tambah dahhhhh.....Balance kannnnn.....? Ha ha ha..memandai jeeee wat teori sendiri........Hancusssssss.........

KEPAH BERSANTAN
Kopipes dari : Kak Ina Kl

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg kepah
  • 1 biji bawang besar (potong bulat)
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inch halia (hiris nipis)
  • 1 sb cili kisar
  • 1 camca udang kering (rendam sebentar)
  • 3 sb santan
  • 2 batang serai (Dititik)
  • 1 helai daun kunyit (Dicarik-carik)
  • Sedikit minyak
  • Garam secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Rendam kepah dengan air garam seketika.Toskan.
  2. Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering.
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk.Bila sebati, masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili masak.
  4. Masukkan siput, serai, daun kunyit, santan dan garam secukupnya.Kacau sebati.
  5. Biarkan lebih kurang 5-10 min...Padam api dan sedia di hidang.

8 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sue..mana dapat kepah tu.kak ros tak pernah jumpa kat pasar.

Amie said...

Selamat pagi Sue,
lama tak makan kepah..... dulu kalau masak kepah, Amie simpan kulitnya yang tebal dan cantik tu bawah pokok....

Ayu said...

Assalam sue,
wah first time akak jumpa recipe kepah masak santan ni..boleh masuk list lah ya selalu goreng bercili, berasam bersantan belum pernah ni..

thanks sue for the wishes untuk hasif tu ya..amin..

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Ros, saya beli ni kat econsave Kota Kemuning..Tapi bukan hari2 adalah...

Kak Amie, saya ni 1st time makan seingat saya..masa nak beli tu tawakkal je,then bila balik terus search google cari resipi....he he he..

Kak Ayu..cubalah...kat selera saya memang sedapppp....tambah cili padi ketuk2 lagi sedap sebab rasa pedas2 lagi bangkit

Juwita Jamaludin said...

sue. ita ada lala dalam peti sejuk tu tak masak2 lagi.. huhuhuhu.. nampak sue punya kepah tetiba teringat ita punya.. nampak menarik gak resepi ni

Nieza said...

assalam sue, apa khabar? sedapnya tgk kepah tu...lauk ikan bakar kat bawah tu pun menyelerakan..nieza suka:)

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Ita...haaa nanti bolehlah cuba..sedappp ada rasa lemak2 pedas...

Nieza, Sue baik..harap Nieza pun bertambah baik dan sihat2 selalu...Sesekali layan lauk2 macam ni best juga kannn...

quinnie said...

sue...biasa jugak tengok kepah ni tapi kita tak berani nak beli sebab ingat tak leh makan...hehheheh..lepas tu tak tau nak masak pun ye jugak....kekkek