Saturday, October 8, 2011

Muffin Pisang

Assalamualaikum....Selamat berhujung minggu....

Hari ni bersarapan ngan Muffin Pisang lagii...Sebelum ni dah pernah buat....Tapi yang tu versi plain je, takde aksesori...Tapi kali ni masukkan sekali choc chip....

MUFFIN PISANG
Resipi : Kak Ros
Kopipes : Izah Daut

BAHAN-BAHAN
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/3 cwn gula *izah guna 3/4 cwn (Sue pun)
  • 2 biji pisang ranum *izah guna 3/4 cwn (Sue pun)
  • ½ cwn minyak masak
  • 2 biji telur
  • 1/3 cwn susu segar
  • 1 sk soda bikarbonat
  • 1½ sk baking powder
  • Beberapa titik esen vanila
  • Beberapa ketul coklat dairy milk *Mas tal letak (Sue pun)
PENYEDIAANNYA
  1. Hancurkan pisang dan masukkan ½ sk garam
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder & soda bikarbonat.
  3. Pukul telur sehingga berbuih kemudian barulah masukkan gula dan pukul lagi sehingga kembang.
  4. Kemudian masukkan pisang dan kacau sebati menggunakan spatula.
  5. Kemudian masukkan minyak dan tepung sedikit demi sedikit..Titikkan beberapa titis esen vanila dan diikuti susu segar.Kacau lagi menggunakan spatula..Jangan guna mixer yaaaa...
  6. Cedokkan adunan tadi ke dalam papercup muffin (isikan 3/4 sahaja) dan letakkan coklat ditengahnya
  7. Bakar pada suhu 170C selama 18~20 min.Sejukkan di atas redai dan tabur sedikit sugar powder.Sedia dihidang

8 comments:

Yana Shaiful said...

nak mapin 2 bijik..sedapnyaa..;=)

Mas said...

lama dah tak memaffin..
sedappnya tengok..

Amie said...

entah berapa hari simpan pisang ranum dalam peti sejuk, konon nak buat mufin... tapi sampailah pisang tu lebam... tak dibuat juga, tengok di sini macam sedap je, bila buat senditi rasa tak ada selera nak makan...

Deliah's Deli said...

naik tinggi muffin tu...harum bau pisang sampai sini. :))

Juwita Jamaludin said...

yum yum.. tingginya muffin tu. tentu sedap

Mah@mahu said...

Sedap masakan anda sungguh mengkagumkan...


*jgn lupa saksikan Masterchef Malaysia 22 okt 2011 di Astro Ria...

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Yana, kita kongsi sebiji sorang yaaaaa...

Mas, nak perabiskan stok pisang ni, tetiba plak teringat kat resipi ni...

Kak Amie, saya pun macam tu, rasa nak makan beriya2, tapi bila dah siap, kadang2 1~2 biji je masuk mulut...agaknya dah kenyang ambik bau kotttt....

Sue @ Nenie said...

Kak Del, he he..sebenarnya saya buh penuh2 aras paper cup tu, sib baik supportnya lebih tinggi, takdelah ia melimpah...

Kak Ita, bila nampak ia membumbung camni, makin bersemangat niiiii...

Mah@Mahu, thanks....Oh, teringin sangat saya nak tengok rancangan tu, apa kan daya, tak register astro....