Monday, October 3, 2011

Protuguese Egg Tart

Assalamualikum dan selamat pagi...

Aceli tuan rumah masih dalam mood kebizian yang melampau...He he he he....Tak tersangka-sangka akan ada drawing submittion hari ni..Dah tu Sabtu lepas ponteng lah plak....Haaaaa...Ambik kau....Tapi tuuuu lah...bukan suke2 gak ponteng, tapi bersebab.....Diluah mati mak, ditelan mati bapak....Haaaaa...memandai je reka citer.....

Tapi bz tak bz pun, sarapan tetap sarapan..So kita ngadap jelah yaaaa egg tart ni..Sedap..Dah banyak-banyak-banyak kali dah buat ni.....Simple....Biasa dalam satu adunan tu Sue boleh dapat dalam lapan biji...

He he he..Kejadian sebenar tart ni cantek...Takdelah senget benget cam kat dalam gambor ni sebenarnya..Tapi sebab malas bawa kontena makanan, so just campak jelah dalam plastik bag, bawa gi opis....Senang, nanti dah abis isinya, plastik main campak je dalam tong...Ha ha ha takde kesedaran nak menyelamatkan bumi langsung....

PROTUGUESE EGG TART
Kopipes dari : SkyBlue@MyResipi

BAHAN-BAHAN
Bahan Inti
  • 1/4 cawan Gula Halus
  • 1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
  • 1/4 cawan Whipping Cream
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan oven, 200ºC.
  2. Masukkan semua bahan inti ke dalam mangkuk dan pukul sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
  3. Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
  4. Masukkan puff pastry yg dipotong ke dalam tin muffin.
  5. Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan
Yang perce-perce dia ni Sue susun je dalam dulang pembakar dan bakar sekali ngan tart tu..Dah masak just tabur icing sugar..Sara & Yaya sukeeee ni...

6 comments:

ady said...

as-salam
excellent recipe!!

Mamasya said...

Aslmkum Sue

Baru sempat singgah blog Sue.egg tart belum pernah buat...resepi dah lama print...bila nak cuba ni...

HomeKreation said...

Aslmkm Sue. Fevret Along tp malas nak buat sbb sayang lak ada lebih2 tu nnt takda org nak makan...

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sue dah malam baru kak ros boleh singgahkak ros pun bulan ni buzzy sangat2 sebab concert dan graduation budak2 30hb ni.Kak ros suka tart ni. selalu beli kat kedai kek.nanti nak cuba buat la

Juwita Jamaludin said...

menariknya resepi ni.. tentunya sedapkan.. boleh cuba nanti insyaallah

Sue @ Nenie said...

Salam Mamasya..Wahhhh menarik ni..Rasa macam nak wat juga..simpan resipi dulu....