Wednesday, February 1, 2012

Ayam Sweet Sour

Assalamualaikum...Salam Sejahtera dan Selamat Tengah hari..

Hari ni lunch berlaukkan apa yaaa.....Bagi yang tidak berkerja mungkin berkesempatan menikmati hidangan makan tengahari di rumah saja tapi bagi yang bekerja macam Sue ni mahu tak mahu terpaksa gak makan atau tapau di gerai-gerai atau di kedai2 makan sahaja..

Bezanya tengahari semalam dari kebiaasaannya ialah Sue sempat bawakan bekal untuk makan tengah hari kat opis..He he he thah apa mimpi plak, pepagi lagi sambil buat sarapan sempat juga cilok-cilok time buat lauk ni..

Mengiyakan kata-kata tuan empunya resipi, lauk ni memang tip top mudahnya dan yang penting sedapppppp..

AYAM SWEET SOUR
Sumber : Kak Liza @ Intai Dapur

BAHAN-BAHAN
  • 2 keping dada ayam - potong dadu
  • 1 ulas bawang putih - hiris
  • 2 ulas bawang merah - hiris
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan Sos
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ cawan air
Sayur
  • ½ biji bawang besar - dipotong bulat ~Sue potong dadu
  • 1 potong nenas - di dadu ~Sue tak buh, xde stok
  • ½ biji tomato - di belah 4 ~Sue potong dadu
  • 1 biji lada benggala - potong dadu ~Sue Tak buh, xde stok
  • ½ batang mentimun - Buang empulur dan potong dadu ~Ni Sue sendiri tambah

PENYEDIAANNYA
  1. Ayam dicuci bersih, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam.
  2. Goreng hingga ½ masak, angkat dan toskan.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing.
  4. Masukkan bahan sos, garam dan juga gula. Gaul rata dan masak hingga mendidih.
  5. Masukkan ayam , bawang besar, lada benggala, nenas, mentimun dan tomato. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat.
  6. Bila rasa dah sesuai, bolehlah dihidangkan

6 comments:

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak sue,uii nmpk sedap ayam tuh,simple n semestinya sedap..Rajinnyer msk awai2 n wak bekal,yerla klo beli ari2 pon xbest juga kan..

Liza said...

rajin sue bawak bekal yer...ye la kan lg terjamin..skrg ni pun macam2 kes xhalal yg kita dgr...naik tkt pulak nk mkn kat kedai...anyway, thnx yer sbb sudi try lauk tu...

izahdaut said...

terbayang2 mcm ikan sweet sour lak. kalau kurang kan kepedasan boleh la buat lauk untuk aank2 ni. suke diorg ni

nOOrsha said...

salam..nmpak sedap la ayam sweet sour ni... comey je posing dlm ramekin... ;)

maceh eh atas ucapan tahniah tu.. teruskan berblog, mana tau esok lusa giliran sue pulak.. :)

rahel said...

Sue...malam2 begini gue jadi lapar lagi bab tengok ayam masam manis itew..

ijan said...

Ui, best bawak bekal kat ofis. Saya dan Faiz pun bawak bekal jugak. Dapat lah jimat sikit. hehe :D