Thursday, February 2, 2012

Puteri Ayu

Assalamualaikum....

Hari ni Sarapan apa yaaaaa.....Ni sajalah nak tayang sarapan Sue last week...Baru kesempatan nak buat tayangan amal..Aceli dah lama teringin nak buat kuih ni tapi kerajinan keyakinan tu tak muncul-muncul...Setelah sekian lama beli acuan puteri ayu ni, last week baru sampai seru....

Sebenarnya tak berapa lama dulu pernah gak cuba kuih ni, tapi hasilnya mengecewakan...Keras kejung...Tapi sebenarnya masa adun tu dah rasa macam lain macam sebab adunan Sue pekat sangat sampaikan bila cedok dalam acuan pun dia duk setompok macam tu jeeee tak mengalir memenuhi acuan....

Iyalah, masa tu dah lah baru2 berjinak ngan dapur dan 1st time pula buat kuih ni, tu yang tak dapat agak kepekatan adunan tu sementelah lagi bila tengok gambar tuannya macam gebussss jeeee dan laporan yang dihantar pun memberangsangkan....Errrrkkk, jangan salah faham yaaaaa, bukan salahkan resipi tapi diri sendiri yang silap..adalah tu silap tang mana-mana, tak cukup pukul ke atau sukatan tersalah ke...."Buah cempedak di luar pagar" katakan

Dan last week, sambil-sambil berjimba-jimba kat depan komp. cilok-cilok masuk MyR sementara menunggu waktu balik, ha ha ha ha ha, nampak sangat pekerja cemerlang kan tetiba terpikat ngan resipi ni, terus print dan waktu balik tu terus singgah econsave jap cari kelapa parut....

So keesokannya, terus buat kuih ni....Cuma satu jeee yang Sue kurang puas hati, kelapa Sue sedikit bertukar kaler jadi kekuningan selepas di kukus...Tapi rasa still tak jejas cuma pandangan jelah kurang best siket.....

Dulu pun masa praktice petua yang di share oleh Kak Nor dan Izah untuk menyimpan dan mengguna kelapa parut yang di froozenkan pun jadi macam ni..lepas kukus sekejap, kelapanya pasti bertukar kaler sedikit kekuningan....

Petua tersebut adalah untuk menyimpan lama kelapa parut..Almaklumlah kadang kala bila beli sebiji kelapa parut untuk buat kuih pasti ada lebihannya terutama keluarga kecil seperti Sue, jadi baki kelapa parut tersebut boleh di masukkan ke dalam plastik dalam kuantiti secukupnya dan didifroozenkan..Bila mahu digunakan, keluarkan 1 portion dan dikukus seketika, sedia digunakan bersama kuih muih kegemaran...

PUTERI AYU
Sumber : Kak Rossitamz @ MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 3 biji telur (saiz A)
  • 250 gm tepung gandum
  • 125 gm gula
  • 2 sb teh ovallate
  • ½ sk baking powder
  • ½ sk soda bikarbonat
  • 250ml santan (150 ml santan pekat+100 ml air)
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati menggunakan spatula/sudip.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

10 comments:

Liza said...

sue...ni kuih peberet family akak ni...tp jarang2 jugak buat, bnyk keje...hihihii

rahel said...

Sue...hulur sikit awak punya kuih puteri ayu itew...gue mau makan..hehe.

HALAMANKU said...

SAlam wah kak Ninie dah berjaya.. nampak gebus.. erma lum pernah wat sendiri.. sebelumni wat ngan mak kat kg.. terasa teringinlah pulak... nak tapau kuih akak dulu t balik wat sendiri he he he

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

akak pun baru buat Sue..suka bau pandanya....

Mas said...

sedapnya putri ayu..
mas suka..
lama dah tak buat..

ady said...

as-salam
belum pernah buat...tapi pernah mkn...nak cuba buat tapi bila..

Wattie said...

Assalamualaikum Sue,
Waaaa....kueh puteri ayu, sedapkan, lembut dan lemak gitu, akak pernah juga buat dulu dulu cuba versi coklat hehehe best juga

nOOrsha said...

waah comelnya putri ayu ni... mmg ayu, seayu namenya.. lame nak wat tp xde kelapa..malehnya nk ke kedai beli klapa..hihi

Ida,Japan said...

puteri ayu yg ayu seperti namanya..sedapnyer sue

ijan said...

Owh sedapnye kuih ni. At least nampak gebu jugak kuih akak ni. Kuning tang kelapa tu takpa lah, kira seni. hihihi... :)