Wednesday, February 29, 2012

Kuih Keria

Assalamualaikum...

May be dah terkena jangkitan Wordless Wednesday sampaikan tuan rumah sudah tidak tahu untuk berkata-kata....

So layan jelah apa yang ada yaaa....Nak kopi atau teh panas sila sediakan sendiri...Tuan rumah hanya mampu jamu mata ngan kuih sahaja

KUIH KERIA
Resipi : KakWan @ CitarasaWan

BAHAN-BAHAN
  • 250 gm ubi keledek putih/oren
  • 1 sb tepung ubi/tepung pulut
  • 80 gm tepung gandum
  • ½ steh garam
  • 80 gm gula pasir + 3 sb air

PENYEDIAANNYA
  1. Rebus ubi keledek sehingga empuk dan lenyek sehingga halus ketika masih panas.Ketepikan.
  2. Masukkan garam, tepung gandum dan tepung ubi.Uli sehingga tidak melekat ditangan.
  3. Timbang doh seberat 40gm dan buat bentuk bulat seperti donut.Buat Lubang di tengahnya.
  4. Goreng di dalam minyak terendam di atas api sederhana panas.
  5. Untuk salutan gula : Masak air dan gula sehingga nampak pekat, masukkan kuih tadi dan gaul rata.
  6. Gaul sehingga gula nampak bertali, tutup api dan kacau sehingga gula mengering dan menyaluti kuih.
  7. Jika menggunakan keledek oren, tambahkan sukatan gandum kerana ubi jenis ini sangat lembut

13 comments:

Kamalia said...

sue..sedapnya kuih keria..
tak terel buat sira dia,rasanya baru sekali je jadi..

Qasey Honey said...

asslm...QH dah buat dah kuih keria dr Kak Wan ni...
mmg sedapkan bile dimakan panas2...

Qasey Honey said...
This comment has been removed by the author.
HALAMANKU said...

Salam Kak Nenie eh Kak Sue.. akak tak marahkan selalau erma panggil akak Kak Nenie..he he he.. kuih keria antara kuih feberet erma selain karipap ... sukernyer.. nak tompang makan kat umah akak tau he he he

Anonymous said...

suka kuih keriaa...ade lagi tak nih..nak mintak 2,3 ketul...

rahel said...

Sue..hulur sikit kuih keria tu,nak minum petang dah ni...

quinnie said...

lama betul kita tak beli keledek..teringin pulak rasanya...:)

Unknown said...

tadi baru tergerak hati nak buat keria tp malas pulak, jd sira keledek je.

Ayu said...

assalam sue,
kuih keria favourite hubby akak ..
sekali makan dia boleh telan 10..heheh..uish bukanlah telan 10 sekali harung..boleh habiskan 10 satu kali hidang..heheh

Love2cook Malaysia said...

Love this kuih alot. My hubby's most fav too ;)
Sedapnya Sue..dah habis kan? Hehe ;)

anis said...

assalamualaikum. salam kenal n kunjungan balas dr akk. t.kasih sudi ke blog akk. keria mmg sedap, di kuching ni org buat keria salut dgn gula apong. gula apong ni lbh kurang manisan di klate n gula melaka di belah2 selatan. salut apa pn akk suka tp jarang buat semdiri sbb fail bab menyira. hehehe...

Azian Nd said...

kuih fav anak-anak saya ni....terutama tang gulanya..hehehe

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Sue
anak lelaki peminat no satu ni he he belajar ngan mak nak sira gula tu kalu kat kg wat guna ubi kayu sb byk ubi free keliling umah..guna keledek pun sedapkan
akak ambik resepi bingka labu tau dah buat sedap