Tuesday, February 7, 2012

Pulut Kelapa Manis

Assalamualaikum, salam sejahtera dan selamat pagi buat semua pengunjung2..Bagi yang tinggal di Lembah Klang, Selamat bercuti bagi yang bercuti dan bagi yang bekerja tu selamat menjalankan tanggungjawab masing-masing

Sue....? Hu hu hu hu hu..sedeynya...kita terpaksa berkerja dalam suasana orang2 yang masih bercuti....Tak best kan bila nak turun gi kerja, tengok kereta jiran-jiran masih kat parking...Jelesssss tawwwww......

He he he he he..oklah, kita lupakan sekejap pasal tu..Jommmmm kita sama-sama ngntukskan diri ngan pulut sambal kelapa manis ni....(Oppppssss...ni sarapan last week)...Apa saja hidangan yang berasaskan pulut ni memang kegemaran Sue sejak berzaman, tak kisahlah apa saja hidangannya, samada dimakan bersama sambal manis, kelapa parut & ikan kering goreng, dibungkus bersama sambal ikan kemudian dipanggang dan apa sajalah cara penyediaannya..Semua Sue suka....Pendek kata memang suka pulutlah cuma jarang buat sendiri jeeeee...he he he he...kecuali kalau teringin sangat2...

Yang atas ni versi terajin siket, bungkus ngan daun pisang..Cuma ingatan sendiri, Len kali kalau bercadang nak bungkus ngan daun pisang, daunnya mesti sediakan awal2, siap dipotong dan dilap, jadinya bila pulut siap dikukus, boleh terus dibungkus semasa pulut masih panas-panas supaya senang kerja dan masa tu pulut pun masih senang nak dibentuk berbanding bila dah sejuk....

Maklumlah, ni pertama kali buat sendiri, bila pulut dah siap dikukus, barulah terhegeh2 nak sediakan daunnya, so kerja kelam kabut siket, proses nak membungkus pun makin lama makin leceh bila pulut semakin sejuk....

Dan ni versi malas, main tompok-tompok jeee dalam food container..Untuk bekalan Sara ke tadika..Senang siket dia nak makan, tak yah leceh-leceh nak bukak bungkusan lagi...

Oh Yaaaa..Tadika Sara ni, takde sediakan makanan untuk pelajarnya, jadi masing2 kena bawa bekalan sendiri untuk minum pagi....Haiiii kalau dulu Mama boleh bangun pukul 6am lebih kurang, sekarang pukul 5am dah kena bangkit, jadi dalam masa 1 jam itulah nak sediakan apa2 yang patut...Kih kih kih..baru uruskan seorang anak ke sekolah dah kecoh yaaaa..orang lain dah 2~3 orang anak ke sekolah....Relexxxx jeeeeee.....

PULUT & KELAPA MANIS
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN

Pulut
  • 3 pot beras pulut
  • *100 ml santan pekat
  • *secubit garam (* disatukan)
Penyediaannya
  1. Basuh beras pulut dan rendam semalaman..
  2. Kukus pulut ½ masak, keluarkan pulut dan masukkan ke dalam bekas, masukkan santan.Kacau sekata.
  3. Masukkan kembali ke dalam kukusan dan kukus lagi sehingga pulut masak sepenuhnya

Kelapa Manis

  • ½ biji kelapa diparut
  • 3 sb nisan/gula melaka (Boleh tambah/kurangkan kuantiti ikut selera masing-masing)
  • secubit garam
Penyediaannya
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan kacau sehingga sekata.
  2. Masukkan ke dalam bekas dan ketepikan sehingga mahu digunakan.

CADANGAN HIDANGAN
  1. Bentangkan sehelai daun pisang yang telah pun di potong dan dibersihkan terlebih dahulu.
  2. Menggunakan scope ais-cream, masukkan sesudu kecil kelapa manis diikuti pulut, Tekan sedikit supaya pulut menjadi sedikit padat.
  3. Letakkan ke atas daun pisang tadi dan bungkus pulut tersebut seperti membungkus nasi lemak.
  4. Ulang sehingga habis dan sedia di hidang.

17 comments:

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Sue..
slmt bekerja ye he he

yum yum samalah akak pun suke pulut, tak kira makan dgn apa pun. kalu blk kg mak tanak pulut cicah kelapa ngan ikan masin he he sarapan yg mengenyangkan..

dZana said...

aslmkum sue.. akk pun suke mkn pulut camni.. dlm daun pisang lagi.. best ni klau dpt sebgks...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

sukerrrr dulu selalu mkn kat gerai dekat bawah pekan rabu tue sedap....yg letak sambal pun yummy gak...adeh biler rajin nak bikin ni ngeee

hazila said...

Bestnya pulut kelapa manis dalam daun kelapa lagi. Sedap ni.

Mamasya said...

Aslmkum Sue,akakpun suka apa2 makanan yg berasaskan pulut....pulut manis...pulut panggang..pulut kan keringpun suka.

Jayanthy Kumaran said...

wow..absolutely delicious..
new to your space..love your space..
nice presentation with lipsmacking recipe collections..
Am your happy follower now.;)
do stop by mine sometime.
Tasty Appetite

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

sue pukut inti ni kegemaran hubby kak ros.Tabik spring la sue bangun pukul 5 pagi masak sarapan untuk anak.Boleh dapat anugerah ibu mithali ni.....

rahel said...

Sue,gue suka banget makan nasi pulut inti kelapa manis...teringin pulak na buat skrg..

cik cek said...

Sue...cantik kemas je pulut tu berbungkus daun pisang...kak cek kalau bab2 bungkus2 ni selalunya mesti tak cantikkk..he he...

Unknown said...

assalam sue, sedapnya tgk pulut ni..terliur la lama tk mkn ni:)

quinnie said...

sedapnya sue...saya suka makan pulut kepala manis ni...alahai malas tul nak buat inti..daun pisang tengah byk nih...huhuhu

Sue @ Nenie said...

Salam..

Sara Nur..hu hu hu sedeyyyy tawww kena kerja time2 cuti macam ni...
Emmmm..sedapnya makan pulut ngan ikan masin garing2 dan masih panas..

Kak Zana..he he he sesekali terlebih rajin plak nak membungkus...

Ayu...Oh Pulut yang sambal jarang plak jumpa, tapi sesekali boleh gak try ni....pasti sedap kan...

Sue @ Nenie said...

Kak Hazila..Kat Shah Alam jarang2 dapat jumpa pulut bungkus daun pisang ni, selalu yang kepal2 je kan..

Mama..betul tu...layan pul;ut di pagi hari memang syok tapi layan ngantukssss pun syok jugeeeee

Jay..thank you...nanti ada kesempatan Sue jejak sana pula...

Sue @ Nenie said...

Kak Ros...Ha ha ha belum layak tuuu...

Kak Rahel..Apa lagiii, dah cepat2 gi rendam pulut dulu...

Kak Cek, saya potong dulu daun pisang tu bagi sama saiz dan scope pulut guna pencedok eskrim, may be ia sedikit sebanyak membantu..kalau tak kelam kabut gak Sue punya saiz bungkus tu...

Sue @ Nenie said...

Nieza...Agak2 dalam cuaca sejuk kat sana tu, sesuai tak bekpes ngan pulut....

Quinnie, biasalah kan..kadang2 hidangan yang berangkai ni, adalah salah satu part yang agak malas kita nak sediakan..kan....

ijan said...

Cantiknye bungkusan tu... macam kat kedai. mintak 2 ketui.. hihihi :D

Sue @ Nenie said...

Salam Ijan..Sue potong sama saiz daun tu dan guna scoop eskrem untuk sukat pulut..may be ia membantu...