Monday, February 27, 2012

Roti John

Assalamualaikum..

Paparan menu bekpes last week...Masak ringkas-ringkas jeeee tapi dapat 1½ ketul kenyang sampai ke tengah hari.....

Sarapan ringkas dikala kehabisan idea untuk sarapan...Tapi Sue terlebih rajin siket buat 2 versi..Satu versi pedas dan satu lagi versi kurang pedas untuk Sara, Ieya dan Is..Dan untuk diorang jug Sue tak buh sos, Thousand Island dan juga mayonis..Biar plain macam tu jeee...

Kalau untuk makan kat rumah sedap juga kalau di tambah ngan taburan charchos yang di ramas kasar..Baru ada rasa krup krap krup krap semasa menikmatinya....

ROTI JOHN
Resipi : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 6 biji roti bun
  • Salad secukupnya
  • ½ batang mentimun (potong membulat)
  • ½ biji tomato (potong membulat)
  • Thousand Island
  • Mayonis Salad
  • Sos Cili
Untuk Inti Pedas
  • 250 gm daging cincang
  • 1 labu bawang merah holand (potong dadu)
  • 1½ sb cili boh
  • 1/4 kiub pati ayam
  • Garam secukupnya
  • 2 biji telur
Untuk Inti Putih
  • 250 gm daging cincang
  • 1 labu bawang merah holand (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • ½ sk serbuk lada putih
  • ¼ kiub pati ayam
  • garam secukupnya
  • 2 biji telur
PENYEDIAANNYA
  1. Untuk Inti Pedas - Tumis bawang merah dan cili kisar sehingga naik bau, masukkan daging dan kacau sehingga daging ½ masak.
  2. Masukkan kuib pati ayam dan perasakan dengan sedikit garam.Setelah daging masak, angkat dan ketepikan.
  3. Untuk Inti Putih - Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.Masukkan daging cincang dan kacau sehingga daging ½ masak.
  4. Masukkan kiub pati ayam, lada putih serbuk dan perasakan dengan sedikit garam.Setelah masak, angkat dan ketepikan..
  5. Untuk Bancuhan inti - Di dalam mangkuk, pecahkan 2 biji telur dan masukkan inti pilihan samada Inti Pedas/Inti Putih.Kacau sehingga bercampur sebati..Ketepikan.
  6. Untuk Roti John - Panaskan pan dengan api perlahan, sementara itu belah tanpa putus roti ban dan sapukan batter..Telengkupkan roti di atas pan dan biarkan lebih kurang seminit..angkat dan ketepiakn
  7. Sapu pan dengan sedikit minyak sayur, sendukkan sesenduk (5) ke dalam pan dan ratakan agak2 saiz bukaan roti.Telengkupkan roti diatasnya dan biarkan sehingga inti masak.Angkat.
  8. Letakkan (7) di atas plate dengan bahagian yang ada inti di atas, letakkan sayur pilihan seperti salad, mentimun dan tomato di atasnya.Letak pada sebelah bahagian sahaja.
  9. Pipekan sos cili, thousand island dan mayonis.Tutup roti tersebut dan sedia dinikmati..
Note : Jika mahu makan segera, sedap juga di taburkan chachoss yang diramas kasar di atasnya..Yang ni Sue tak buh sebab untuk bekalan...

14 comments:

Qasey Honey said...

nmpk sedap...tliur tgk roti john tu...
dh lama xmkn...

Anonymous said...

tak pernah lagi cuba roti john...selalunyeee beliii siap...teringin jugak nak buat...ade lebih lagi tak tuh :)

Chik Mimi said...

sedapnya sue ,best idea nak buat bekal anak2

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam ninie..jarang mkn tp klu tingin..beli kat pasar mlm jer.:D
Rajen ninie...

Unknown said...

fuhh..sedapnyer mkn dok ngadap lappy kn...last mkn time bulan pose.... alahaiii...cam nk ngap jer gambo tuuu....

rahel said...

Sue,creamer banget itu roti uncle john..hehe..

EmbunRosaliza said...

assalam nenie, sedapnya roti john tu,akk selalu beli je kalo nk mkn hehe, sedapnya

Wattie said...

Salam Sue,
Mak aiiii sedapnya roti john.....tang mayonaise melimpah ruah tu yg tak tahan ni

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Sue Nenie..
kat rumah mama anak2 mmg tak jelak ngan roti john..mmg marbeles :P

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Honey...Saya juga jarang makan roti john tapi kebetulan ada lebihan salad dan roti hotdog...tu yang terlintas nak wat roti john tuuu...

Kak Liya...He he he he sold out already...

Kak Mimi..Idea ekspressss...tetiba terlintas tanpa dirancang

Sue @ Nenie said...

Kak Azatie...Betul..dulu2 pun klu teringin saya juga beli kat pasar malam..

Kak Mimie..klu lah setiap screen boleh je kit acapai..alangkah bahagianya yaaaaa....teringat pula cerita dongeng zaman kanak2 pasal magic pensil tu...

Kak Rahel...Buat sendiri, boleh curah banyak mana thousand island dan mayonis sesuka hati..he he he he

Sue @ Nenie said...

Kak Rosaliza...Samalah...sebelum ni main beli jeee, cuma hari tu kebetulan ada roti hotdog, tak tau nak buat apa..last2 buat roti john sebelum expired

Kak Wattie...Ha ha ha...Buat sendiri boleh curah sesedap rasa tanpa batasan...Saya suka mayonis banyak yang melimpah ruah...

Kak Hawa...wahhhh kalau begitu banya k permintaan, buat sendiri lagi berbaloiiiii tu...

ijan said...

Mak Aiii... sedapnye! dapat sebiji dua ni memang boleh kenyang sampai petang. Saya mau order jugak... yang pedasss dua. hihihi

cheap designer comforter sets said...

Kalau untuk makan kat rumah sedap juga kalau di tambah ngan taburan charchos yang di ramas kasar..Baru ada rasa krup krap krup krap semasa menikmatinya. korean blanket price in pakistan , cotton percale comforter sets