Thursday, February 16, 2012

Yorkshire Pudding

Assalamualaikum dan selamat petang...

He he he orang lain dah sibuk-sibuk tayang menu lunch, kat sini baru terkedek-kedek nak tayang menu bekpes..Itu pun bukan hari ni punya tapi 2~3 hari lepassss...

Aceli dah lama sangat simpan resipi ni sejak pertama kali Kak Ros tayang kat blog dia terus terberkenan..Tapi macam biasalah, lepas kopipes, peram dulu sehingga seru sampai..tunggu punya tunggu akhirnya awal tahun 2012 baru sampai...Itu pun sib baik sampai gak...kalau tak sampai reput kertas resipinya tak terbuat-buat jugaaaa...

Ini pun masa blogwalking kat rumah Kak Wan, terjumpa balik resipi ni...Tu yang baru teringat dan terus nak bereksperimen...

Alhamdulillah..Hasilnya amat memuaskan hati dan lain kali memang akan buat lagi dan lagi dan lagi....Bukan saja mudah tapi sedap pulak tu....Bagi yang suka bervariasi manis tu boleh pilih apa-apa jenis jem kegemaran sebagai gandingannya manakala kalau nak makan dengan sambal atau apa-apa inti tuna atau daging pun boleh, semua sesuai....

Cuma kat sini Sue nak highligh sikit untuk ingatan sendiri....Tapi ia may be bergantung pada oven masing2 juga...Pertama suhu oven mesti di antara 200~220°C dengan api atas dan bawah baru boleh dapat pudding yang cantik...Dan semasa menuang adunan pastikan acuan betul2 panas....

Ini berdasarkan pengalaman Suelah..Sebab Sue dapat dua hasil yang berbeza dari satu adunan yang sama..Pertama kali bakar, Sue hanya guna suhu 170~180°C dengan api bawah sahaja...Konon-kononya takut pudding tu hangit...So masa yang Sue ambil untuk masak adalah lebih kurang 20min..Dan untuk bakar yang selebihnya, atas alasan nak cepat dan takut terlewat nak bersiap-siap, Sue pun naikkan suhu kepada 200ºC dan buka api atas dan bawah sekali..Wahhhhh hasilnya memang pudding naik dengan cantik dan masa yang digunakan pun tak sampai 15 min..Dah siap...

Ha ha ha ha ha pasal suhu tu tak boleh nak salahkan sesiapa pasal kat resipi pun dah awal-awal lagi buh suhu yang tinggi, cuma api atas bawah tu, terkebetulan pula....Apa-apa pun terima kasih Kak Ros sudi perkenalkan resipi best dan simple ini dan Kak Wan kerana memanjangkannya pula......

YORKSHIRE PUDDING
Resipi : Kak Ros@SinaranMenu
Sumber : KakWan@Citarasawan

BAHAN-BAHAN
  • 170 gm tepung gandum
  • 180 ml susu segar
  • 120 ml air biasa
  • 2 biji telur ~Sue guna 3 biji saiz b->c
  • Secubit garam
  • minyak masak secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Pukul telur sekejap,masukkan susu dan air dan pukul lagi dalam 2-3 minit.Step ni Sue guna blender
  2. Campurkan tepung gandum dan garam di dalam mangkuk dan buat lubang di tengah.Tuang adunan telur dan susu sedikit demi sedikit dan kacau rata.Masukkan kembali ke dalam blender, dan blend sehingga adunan betul2 sebati...Kacau hingga adunan sebati dan tapis ke dalam mangkuk yang bersih.
  3. Panaskan oven dengan kepanasan 220°C menggunakan api atas dan bawah.
  4. Masukkan lebih kurang 1 sk minyak masak ke dalam acuan muffin.Pastikan seluruh acuan juga disapu minyak.
  5. Masukkan acuan muffin ke dalam oven dan tunggu hingga minyak betul-betul panas atau kedengaran bunyi sizzle dan berasap sikit.
  6. Keluarkan acuan tadi dari oven dan tuangkan adunan pudding hingga penuh.Masukkan semula ke dalam oven dan masak dalam 10 ke 15 minit dan pudding kelihatan keperangan.
  7. Angkat dan sejukkan.Boleh dihidang dengan inti pilihan masing-masing atau roasted beef.
Beza rupa bentuk dan hasil antara pembakaran yang bersuhu rendah dengan api bawah sahaja berbanding menggunakan suhu tinggi dengan api atas dan bawah....

12 comments:

Amie said...

Assalam Sue,
ada lebih lagi tak puding tu... jeles dengar tentang kecantuikan dan kesedapannya... nak tapau 3 ketul buat minum petang nanti ye Sue.

hazila said...

Akak pun dah masuk list tapi asyik masuk tak keluar keluar....

cik cek said...

Sue...
Tapaukan akak sikit...lum mkn apa2 lunch ni tau...:)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Wah sue ,dah jadi pun sedapkan?

rahel said...

Sue,Rahel memang ketinggalan bab puding yg satu ni,nama pun susah sangat nak sebut..

Totie@Tomy said...

puding ni nampak sedap tak pernah try lagi..

ijan said...

Salam Kak Sue,
Puding ni memang glamer juga kat sini. Nampak gebu je sedap tu :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

tak pernah makan puding ni apatah nak bikin hikhik,,,,oishii sou

dZana said...

akk pun dah pernah cuba buat ni.. bila tgok ni rasa nk buat lagi pulak.. best mkn panas2..

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Amie..Nak tapau puding boleh, tapi inti sediakan sendiri yaaa...

Kak Hazila..Haaa cepatlah keluarkan resipi tu..rugi lambat2 cuba kuih sedap ni...

Kak Cek..alaaa ciannya dia lambat bekpes...bz yaaaa

Sue @ Nenie said...

Kak Ros...Thanks sudi share dan perkenalkan resipi best ni..

Kak Rahel..saya pun agak ketinggalan setelah ramai yang mencuba kesedapannya

Kak Totie...betul kak..tak tipu..puding ni sedap sgt..dan sesuai dimakan ngan apa2 saja inti...

Sue @ Nenie said...

Ijan...Ohhh mesti asal dia dari belah2 sana kan...guna suhu tinggi boleh membantu kegebuan puding ni...

Ayu..cuba lah..simple dan sedapppp

Kak Zana...Betul tu...tapi bila sejuk pun still sedap dan lembut kannnnn