Wednesday, March 14, 2012

French Loaf wif cheese & Tuna

Salam...

Last week masa jalan-jalan kat Econsave ternampak satu roti terbaru keluaran Gardenia, terus rembat sebungkus..Plan asal nak sapu garlic butter then cicah ngan sup cambells jeeee

Kebetulan plak beberapa hari selepas itew ada BW ke beberapa blog sebab nak search resipi roti dan masa bersinggah ke blog kak Nor@secubit garam ternampak plak post resipi ni kat sana..terusss terguda dan tang-tang tu jugeee teringat kat roti gardenia yang Sue beli kat Econsave tu...

Cumanya Sue olah siket rupa parasnya jadi ala-ala pizza dan pastilah Sue tak guna french loaf sementelah Sue memang kurang menggemari roti tu sebab ia sedikit keras.

Apa-apa pun Sue ucapkan terima kasih buat Kak Anim yang memperkenalkan resipi ni dan buat Kak Nor yang telah memanjangkannya di blog beliau...Disebabkan Sue dah pun oleh ikut suka hati Sue, jadi kepada yang nak tengok resipi asal tu bolehlah bersinggah ke blog Kak Anim/Kak Nor....

FRENCH LOAF wif CHEESE & TUNA
Sumber : Kak Anymz
Rujukan : Kak Nor@Secubit Garam
Olahan : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 1 batang french loaf ~ Sue guna roti gardenia
  • 1 tin tuna/sardine
  • 1 biji tomato dihiris bulat2 nipis
  • 1 s.teh lada putih/lada hitam ~Sue tak letak
  • beberapa keping cheese/mozarella cheese
  • Butter secukupnya
  • cheedar cheese ~Ni Sue tambahkan lemak dibadan
  • Mayonis secukupnya ~Ni Sue tambahkan lemak dibadan
  • Thausand Island secukupnya ~Ni Sue tambahkan lemak dibadan
  • Sos cili secukupnya ~Ni Sue tambah
PENYEDIAANNYA
  1. French loaf di potong bulat-bulat atau menyerong ~Sue guna roti gardenia, dah siap potong
  2. Tuna/sardine dilenyek hancur ~Sue guna sanwich tuna ayam brand ,sedia diguna
  3. Ambil sekeping french loaf yang sudah dipotong, sapu butter diatasnya dan letak tuna/sardin diikuti dengan tomato.
  4. Taburkan cheddar cheese di atasnya..
  5. Pipekan thousand island dan mayonis diikuti sos cili.
  6. Kemudian letakkan slice cheese di atasnya
  7. Bakar di dalam oven 10~15 min pada suhu 180C (Bergantung kepada oven masing-masing)

9 comments:

Unknown said...

alamak....kalau tgk ada cheese ni, akk ngeri dah. Bberapa hari yg lps asyik melantak cheese je....tp nk cuba jgk utk anak.

Qasey Honey said...

wow nmpk myelerakan la...mesti sedap ni...nk cuba jugak nti..

Unknown said...

Assalam sue, apa khabar? lama tak singgah dapur Sue ni. hari ni baru sempat terjah. sedap tgk roti dgn topping cheese ni.dah pernah masuk list tapi lum cuba lagi.

aZuMaya said...

salam sue... wah kreatif lah awak nie guna roti gardenia,,, selalu roti tue akak buat sandwich jerr

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Sue
sedaplah he he cam pizza ,ada cheese mesti budak2 suker nih

ady said...

as-salam
npk berselera macam pizza pun ada..

Watierman said...

Assalam Dik Sue....TQ sebab sudi singgah ke teratak buruk Akak tu...dan kejadian roti tu dah nampak cam pizza..sebab kemeriahan cheese tu...nyummy!

ijayuji said...

Salam kak! sedap jugak mkn french loaf di ubah suai mcm gini kan? kalau tak tu asyik nak celup dgn mushroom soup jerrr ehehe... tak pun garlic bread :D

quinnie said...

sedapnya sue..kita suka resepi cam gini..sempoi..tapi berbaloi2 utk dicuba...hehehe