Thursday, March 15, 2012

Daging Singgang

Salam...

Lama juga yaaa tuan rumah tak buat tayangan lauk pauk ni..asyik-asyik sarapan-sarapan-sarapan jeee kan...Bukan tak masak, tapi selalu masak yang simple2 then sayur plak main tumis-tumis kacau goreng jeeee, jadi malas plak nak posing mosing sementelah lagi tentera-tentera kat rumah ni bukan taw nak duduk diam..Nak makan pun kena cepat-cepat..Lagi pantas lagi bagussss....


Dah lama tengok orang buat singgang daging ni, teringin gak nak buat, tapi time tu belum ada keyakinan lagi..Selalu takut daging tu terliat..Kan tak pasal-pasal ada orang main hirup kuah jee nanti....Sehinggalah masa buat sup tulang tempohari, barulah timbul sedikit keyakinan untuk merebus daging ni...Walau tak selama waktu yang di ambil untuk buat sup tulang sebab untuk singgang ni Sue potong dagingnya nipis-nipis tapi kaedah merenihnya hampir sama iaitu menggunakan api yang kecil dan menutup periuk sehingga daging empuk...

DAGING SINGGANG
Sumber :- 365 resipi istimewa Chef Hanieliza

BAHAN-BAHAN
  • 250 gm daging
  • 1 kpg asam gelugor
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 inch lengkuas
  • 1 1/2 inch kunyit hidup
  • 1/2 sb ketumbar
  • 1/2 s.teh jintan manis
  • 5 biji cili padi
  • Garam & air secukupnya

PENYEDIAANNYA

  1. Daging dihiris nipis
  2. Ketumbar dan jintan manis ditumbuk kasar
  3. Masukkan kesemua bahan kecuali garam dan cili padi ke dalam periuk
  4. Masak sehingga daging empuk menggunakan api yang perlahan.
  5. Masukkan cili padi dan garam secukup rasa.
  6. Hidangkan dengan nasi putih dan sambal belacan

6 comments:

Amie said...

Assalam Sue,
sedapnya hirup kuah singgang! mesti berpeluh-peluh ni kalau ada pencicahnya...

hazila said...

Akak pernah buat sekali dua singgang daging ni. Memang sedap hirup kuah tu..

ady said...

as-salam
sedap ni hirup2 kuihnye masih panas2..sedap lagi mkn dgn sambal belacan..

ijan said...

Daging ni kalau dapat kat saya dua mangkuk pun licin tau. Tertelan air liur dua tiga kali dah ni.. aci gitu. hehe

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Amie, betul tu..selalu klu makan lauk singgang2 ni, sambal belacan mesti ada..

Kak Hazila, samalah..saya pun suka hirup kuah singgang

Ady..sambal belacan dan singgang tidak dapat dipisahkan.

Ijan...ohhh bestnya klu kita dekat2, ada geng nak ajak makan bersama..kat rumah ni, lauk daging kurang mendapat sambutan

House The Water said...

Lovely blog you have herre