Saturday, March 10, 2012

Pau Kacang Merah

Salam..Bersiaran dalam mode tenet yang masih merangkak-rangkak...Yang sempat BW tu semaptlah, bergantung kepada blog juga..klu yang ringan tu, dapat gak masuk tapi hanya sesetengah sahaja yang dapat post komen, selebihnya tak leh tinggal jejak...klu blog yang setting canggih2 tu.....hu hu hu hu langsung tak leh masuk...Jadi tuan rumah nak ambil kesempatan ni minta maaf banyak2 jika agak lembap kebelakangan ini dan jarang muncul di rumah kengkawan..bukan tak sudi tawwww tetapi situasi amat tidak mengizinkan....

Oklah..lupakan sekejap hal itewwww....Jommm pepagi ni kita sarapan ngan pau melayu ala-ala kampung ni...He he he..memandai-mandai pula bagi gelaran yaaaa..Jangan marah yaaa tuan punya resipi...Sebab bila nak buat pau jeeee Sue mesti berangan nak dapatkan struktur seperti yang dijual kat kedai2 tu..Dahhlah putih melepak, pastu gebusss dan ringan jeeee.....Dia punya struktur pun haluss mulussssss jeeeeeeee.....

Ni hasil 2nd time mengepau, (1st time punya tak yah cerita, boleh buat bomm kucing yang curi2 selongkar tong sampah kat dapur) baru jadi tapi pau yang Sue dapat ni, walau dah naik elok tapi strukturnya masih berat..masih belum mencapai piawaian idaman Sue..May be pasal Sue tak tunggu sampai betul2 dia naik elok sebelum mengukus..Pasal nak cepatkan pepagi...len kali klu nak nguli-nguli ni better buat malam hari (bagi yang bekerjalah) supaya ada banyak masa siket nak penaik doh, cuma may be kena jadi burung hantulah sekejap....

Apa-apa pun thanks buat Ika sudi panjangkan resipi ni walau Sue tak dapat nak linkkan blog tuan asal dia....Minta maaf bebanyak yaaaaaa........

PAU KACANG MERAH
Resipi Asal : Jane Chew (Sue tak dapat nak link)
Rujukan : Ika @ Kurniaanmu.blogspot

BAHAN-BAHAN

Bahan-A
  • 300g tepung hong kong/tepung pau
  • 150g susu >> susu segar
  • 50g gula caster
  • 1 ½ s.teh Shortening
  • 1 s.teh yis
  • Sedikit garam
Bahan B
  • 1 s.teh Double Acting Baking Powder + 1 s.teh Air
Bahan2 Inti
  • 480g Inti Kacang merah readymade, bulat2kan inti td anggaran berat 30g sehingga habis dan ketepikan.

PENYEDIAANNYA
  1. Satukan semua bahan A dan uli sehingga licin tak melekat di tangan. Tutup dgn tuala lembap atau cling wrap dan penaikkan doh 2 kali ganda(lebih kurang 45min-1jam).
  2. Satukan pula bhn B dan uli doh kembali sehingga sebati dan licin. Rehatkan lagi selama 15 min sebelum dibentukkan bulat.
  3. Kemudian, bahagikan doh kepada 16 bhgn iaitu berat setiap 1 anggaran 35g.
  4. Isikan dgn inti merah tadi atau inti kesukaan dan tutup doh rapat2 utk mengelakkan inti terkeluar semasa mengukus nanti. Buat sampai habis dan susunkan di atas tray pengukus.
  5. Rehatkan kembali lebih kurang 30minit.
  6. Panaskan air kukusan terlebih dahulu sebelum mengukus pau.
  7. Apabila air kukusan telah mendidih, kukuskan doh yg telah disusnkan didalam tray td dgn menggunakan api yg besar selama 10 minit dan renggangkan sedikit penutup pengukus dan biarkan lagi selama 5minit. Tutupkan api dan biarkan sebentar di dalam pengukus lebih kurang 3-5minit, hidangkan panas2.

15 comments:

rahel said...

Salam hujung minggu Sue..
singgah kejap kat sini,kot ada lg pau kcg ni..bole gak merasa sikit..
oh ya,Rahel pun mcm Sue jugak,kdg pg tinjau blog kwn2 tp ada setengah blog yg susah nak tinggal komen,bab tu la takletak iklan yg canggih2 kat blog,skrg ni pun blog Rahel mcm berat dah..byk muatan..

dZana said...

aslmkum sue.. pagi ni akk bsaapan di warong jer.. lama tak lepak2 kt warong camni.. hihihi.. sekali2 seronok jugak .. fav akk pau ni.. espcially inti kelapa..

quinnie said...

aduss..pau ni kan..pagi petang siang malam sedap je makannya..hehehe..suka makan waktu panas2...huhuhu..sedapnya inti kacang....

Unknown said...

Sueeeeee...sedapnyer mkn pau panas2 ... nk plak lagi sedap mkn time musim hujan nih....ade lg x..?? nk skitttttt.......

Love2cook Malaysia said...

Hello Sue, thank you tinggalkan jejak kat my blog! hehe :)

Thanks for the wishes tooooooo!

Pau kacang merah is my hubby and son's fav. Nampak gebus lor...sedap! :)

Amie said...

Hai Sue,
sedap ni makan panas-panas dengan secawan teh kurang manis! Mau n2-3 ketul masuk mulut ni... ngap ngap ngap

EmbunRosaliza said...

Assalam nenie, akk pun sama kdg2 tu g blog org , dh tulis komen tapi takleh post pulak, mmg agak slow tenet sekarang ni, nak kena tukar ke unifi lak kut heheh

Akk nampak gebu je pau tu, akk pun suka inti kacang merah gak kalo beli pau heheh

ijan said...

Salam Sue,
Terima kasih beri maklumat pasal dried herbs tu. Terjawab sudah persoalan. hihiih...
Saya suka pau inti kacang merah. Inti kari mari semua tak layan sangat. Phew, nak satu :)

Wattie said...

Assalamualaikum dan salam rindu Sue,
Samala kita Sue, selalu gak jengah kawan2 tp tak boleh tinggal jejak, semenjak dua menjak ni payah betul nak letak komen kan.

Pau oh pau, akak pernah buat sekali jer seumur hidup, pau akak ranap teruk huhuhu....terus tak buat sampai la ni...... Pau Sue kira dah berjaya dah tu...

Ayu said...

Assalam sue,
wah ada pau kat sini ya..
my mum & hubby suka makan pau..tapi akak malas nak buat heheh....cuma pau akak kalau buat susah betul nak dapat cantik licin..mesti ada aje yang berkerut..hehe

Sue @ Nenie said...

salam..

Kak Rahel...betul tu, kekadang klu time tenet slow susah juga nak BW, kena tunggu time dia laju siket baru selesa BW & klu nasib baik dapat gak tinggal komen...

Kak Zana..saya pun suka yang berinti kelapa dan inti kcang jatuh no.2..Emmm lama betul rasanya tak bekpes sambil2 lepak makan kat gerai...

Quinnie...Sue pun suka makan pau especially yang berstruktur lembutttt gebusss gebasss tu...tapi kalau kat luar sekarang sebiji pau pun dah dekat RM1.50 sebiji...klu inti ayam/daging dekat RM2 gak sebiji...

Sue @ Nenie said...

Kak Mimie..betul tu, time hujan2 pekena pau panas2 ngan kopi panas sedapppppp je...

Love...ohhh tak mengapa...tapi frankly speking, acely I selalu singgah sana, cuma selalu tak dapat nak tinggal komen..gambar pun selalu dapat tengok half-half jeeee...tenet I lembap siket lately ni....

Kak Amie..kalau pau panas2 2-3 ketul masuk mulut pun tak perasan kan..lagi2 kena ngan teh/kopi panas...

Sue @ Nenie said...

Kak Rosaliza..betul tu..kadang2 baru setengah taip, terus hang..dan kadang2 langsung takde box komen tu...dan paling sedih, kadang2 blog diorang pun tak leh nak masuk...dia punya waktu proses tu berjam2 tak abis2 last-last terpaksa keluar...

Saya pernah terfikir gak nak pasang unify, tapi memangdangkan saya kerja dan kat rumah pun malam hari jeee then kadang2 je berkesempatan bukak komp di rmh..tu yang terus jadi kedekut nak bayar bil unify tu....ha ha ha ha ha ....

Sue @ Nenie said...

Ijan..its Ok..kenapa, nak wat balik stok dried herb dari sana ke...? haaa klu herb yang pelik2 tu baiklah import, mana tau dah balik sini nanti dah susah nak jumpa....

Kak Wattie..betul tu...kadang2 ia bergantung pada format comment box juga kottttt..ada yang senang ada yang susah...

Saya kan, bila time nak nguli2 macam ni..especially bila kurang berjaya, terus teringin nak cari Bm...tak tau bilalah bolehhhhh dapat...

Kak Ayu..saya baru 2 kali buat ni..1 st time fail, kali ni ada sedikit perkembangan tapi dia punya kulit still tak licin gak..kena tambah kologen kotttt baru dia nak licin....

Qasey Honey said...

hmmm pau sedapnya...suka mkn...tp mcm xgeti lg nk buat...nk mcuba pon blum spi seru lgi...hehehe