Friday, March 9, 2012

Moist Chocolate Chiffon

Assalamualaikum...Salam di hari Jumaat penghulu segala hari...

Hari ni Internet baru OK siket..klu tak sebelum ni merangkak macam kura-kura..Nak curi tulang BW pun tak dapat...Jangan kata nak tinggalkan jejak, nak masuk pun tak dapat...dia punya search nya dari pagi sampai ke petang...

Sementara tenet laju ni ambil pluang sapu rumah jap sambil jamu mata para pengunjung ngan chiffon kek yang sedap ni....Dah berkali-kali buat tapi semuanya tak sempat posing mosing...Yang ni pun main tangkap muat jeeee pasal photografer dia bz...ha ha ha ha

Rasa dia...fuhhhhhh betul2 bercoklat dan moist (walau tanpa topping) sesuai ngan namanya..Lembut gebussss tu jangan cakap lah....Mabelessss...terima kasih buat Kak Nor yang sudi panjangkan resipinya dan tidak lupa buat tuan punya resipi CMG....

Oklah..sementara ada pluang dan ruang ni, tuan rumah nak chowwww jap, gi jalan2 rumah kawan-kawan sambil bawa pinggan mangkuk untuk tapau resipi-resipi menarik dan terbaru untuk di cuba.....

MOIST CHOCOLATE CHIFFON
Resipi : C.M.Gebu
Sumber :
Kak Nor Secubit Garam

BAHAN-BAHAN

Bahan- A
  • 100 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • ½ camca teh soda bikarbonat
  • ½ camca teh serbuk penaik
  • 1 camca teh esen vanila
  • 50 ml minyak jagung
  • 4 kuning telur (Gred A)
  • 60 g gula halus~Sue guna 50g jee
  • 1 camca besar coklat emulco*
  • 30 g serbuk koko*
  • 100 ml susu segar. disuamkan*(*disatukan dan gaul rata, sejukkan)
Bahan-B
  • 4 putih telur (Gred A)
  • 120 g gula halus ~Sue guna hanya 60g jeee
  • ½ camca teh cream of tartar
PENYEDIAANNYA
  1. Dalam satu bekas. Satukan kesemua bahan-bahan A hingga sebati. Ketepikan
  2. Di dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga separuh kembang, masukkan sebahagian gula dan diikuti cream of tartar. Terus memukul dan masukkan baki gula. Putar hingga menjadi maringue yg kental ("Kental" disini bermaksud, jika alat pemukul itu diperbalikkan, puncak yg terhasil kukuh dan tidak terlentok)
  3. Ambil sebahagian maringue tadi dan kaup balikkan ke dalam adunan kek. Gaul rata.
  4. Tuang adunan kek tadi ke dalam lebihan maringue dan dengan perlahan kaup balikkan hingga rata dan sebati. JANGAN terlebih gaul.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan chiffon yg telah dialas dasarnya dengan kertas minyak dan disapu dangan mentega. Sekeliling bahagian dalam tin kek tidak perlu di sapu mentega hanya dasarnya sahaja.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 35 minit. Jika bahagian tepi kek mengecut sedikit itu tandanya kek sudah masak.
  7. Keluarkan dan terbalikkan acuan chiffon tadi dan biarkan sejuk dalam keadaan terbalik. Bila sejuk, sisip tepi tin dgn pisau dan keluarkan kek dari tin. Hias ikut suka.

13 comments:

ady said...

as-salam Sue @ Nenie
mmg npk sedap dan moist kek chiffon tu..belum pernah buat chiffon kek..

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Best ekk boleh buat chiffon kek...akak ni dok takut2 lagi

Amie said...

Assalam Sue,
di sini cuaca sejuk... nak makan tengahari kurang selera pulak... agaknya sedap kot tumpang sepotong kek chiffon tu....dengan secawan minuman panas1

Asmara said...

mesti sedap sgt dah la moist, chiffon lg. :D

HALAMANKU said...

Salam Kak Sue...waduh waduh.. gebus kebas tu tengok.. sedap tu kak.. tang versi coklat ni semua feberet kak he eh he meh erma try 3 potong he he he.. ye lah mana cukup sepotong he he he

izahdaut said...

saya pun pernah buat kek ni. mmg sedap kejadiannya. makan setengah loyang tak hingat. hehehe...

dZana said...

belum pernah try lagi rspi ni sue.. tgok word moist tu yg best..

maz said...

kmaz pun dh lama xmencpon...tgk sue buat trasa2 la plak sdpnye...

Sue @ Nenie said...

Salam..

Ady...emm ada masa cubalah..resipi CMG jarang mengecewakan...

Kak Patty..saya dulu pun takut2 n tak confiden gak buat kek ni..1st time buat xmenjadi...tapi lama2 praktice..alhamdulillah..bolehlah siket2...

Kak Amie..klu kek cipon sepotong tak cukup...berpotong2 baru terasa...he he he he he

Sue @ Nenie said...

Kak As...Betul2 sedap cipon ni...moist sangat...

Erma..ha ha ha..klu cipon kek compem berpotong2 habis pun tak sedar kannnn

Izah..betul tu..Sue pun klu ngadap kek cipon sekali hadap setengah loyang pun tak sedarrrrr...Tak muakkkk

Sue @ Nenie said...

Kak Zana..haaa apa lagi, masuk list dulu, ada masa nanti boleh cuba...

Kak Mazzz..Nanti klu nak mencipon balik, post2 lah sepotong 2 kat sini....

aZuMaya said...

salam tuan rumah.... choc cake my fov sehhh

Sue @ Nenie said...

Salam...Azu..Haaa ada masa boelh cuba resipi ni plak..InsayaAllah memenuhi selera...