Khamis sudah menjelma, bermaksud 2~3 hari lagi cuti sekolah bermula...Nampak gayanya rutin pagi Sue akan sedikit berubah..Taklah kelam kabut sangat...Kalau di hari persekolahan, semuanya kena buat secepat mungkin supaya Sara tidak terlewat ke Tadika...Kat Tadika Sara, setiap pagi akan di adakan aktiviti "reading" dimana pelajar digalakkan datang 15min awal dari waktu rasmi persekolahan iaitu jam 8am setiap pagi supaya mereka tidak ketinggalan untuk aktiviti itu...
Haaa..ni pun atas permintaan Sara...Last week adalah dia request nak makan mee goreng..Asalnya memang nak masak sendiri je, tapi pagi tu Papanya terlebih rajin plak mengofferkan diri keluar sekejap tapau mee dari gerai berdekatan...Mama ni..pantang orang bagi kerja-kerja mudah...On jeeee...Tapi bila Papa dah balik, di dapati mee tu pedaslah plak...Sara mesti tak nak makan...
Nampak gayanya Mama kena masak sendiri lah tu...Kat dalam kepala tetiba teringat satu resipi kat blog yang pernah Sue singgah dulu...Dia ada buat mee goreng yang tak pedas dan gunakan kicap, tapi masa tu tak terlintaslah nak CnP dan malangnya Sue pun dah lupa blog mana satu..(Sorry yaaa, betul2 lupa sehingga tidak dapat nak linkkan)
Nak search pun macam malas plak, jadinya Sue pun reka sendirilah resipinya....Dan hasilnya agak memberangsangkan dan kena ngan selera..Jadinya Sue fikir nak simpan ia sebagai ingatan dan rujukan di hari kemudian....
MEE GORENG KICAP my style
Resipi : Sue@Nenie
BAHAN-BAHAN
- 3/4 bungkus mee kuning (Dibasuh dan toskan) ~berapa gm yaaa sebungkus mee kat pasaran tu..Nanti ada masa Sue cek balik
- 1½ batang fish cake (potong serong)
- Sekeping dada ayam (potong kiub)
- 1 pokok sawi (di asing batang dan daunnya)
- segenggam tauge (jika suka)
- 3 ulas bawang merah (mayang)
- 1 ulas bawang putih (ketuk)
- ½ sk cili boh (jika mahu lebih pedas, boleh tambah)
- ½ sb kicap pekat
- 3 sb kicap pekat manis
- 1 sb sos tiram
- 3 sb sos cili
- ½ kiub pati ayam
- ½ sk serbuk nasi goreng cina adabi (optional)
- Panaskan minyak dan tumis cili boh sehingga cili masak/sedikit garing.
- Masukkan bawang merah dan bawang putih..Tumis sehingga wangi.
- Masukkan isi ayam, fish cake dan batang sawi..Kacau sebati dan masukkan bahan sos.masukkan sedikit air jika mahukan mee agak lembap.
- Bila agak-agak isi ayam dah masak, masukkan mee dan kacau sebati..
- Bila semuanya sudah bergaul mesra, masukkan daun sawi dan tauge..Kacau sebentar agak-agak daun sawi dah layu..Sedia dihidang...
7 comments:
Assalamualaikum Sue@Nenie
Teringin nak buat Mee Goreng Kicap ni nanti Kalau free Kak Lin cuba Yer...muahhhh
salam sue...anak2 akk pun suka mee grg kicap cmni..ada rasa2 manis n pedas sikit2...umi diaorg pun suka gak...hihihihii
Wah..sedap la kalau mee goreng kicap...kite semua suka..
Kak Sue.. sedap makan mee goreng kicap ni.. semua blh mkn taklah pedas.. tentu sarah selera makan he he he
assalam nenie, akk pun suka goreng mee kicap mcm ni, cukup rasa n sedap
Salam...
Kak Lin..Cubalah..ringkas jee tapi insyaAllah boleh pikat selera terutama kanak2 yang tak makan pedas...
Kak Liza..betul tuuuu...saya mula2 tak berapa konfiden gak nak wat mee goreng tak buh cili ni...Tapi bila cuba buat..alhamdulillah masih boleh memikat selera...
Kak Rahel...sesuai sangat untuk kanak2 yang tak makan pedassss
Erma...Sara memang hantu mee..lagi-lagi kalau yang jenis bersup..cuma hari tu je dia request yang bergoreng
Kak Rosaliza...kombinasi sos dan perasa memberi yang serasi....
Post a Comment