Sunday, April 15, 2012

Kerang Masak Serai

Salam...Setelah sekian lama tak bersiaran pada hari minggu..Lately ni makin kekurangan idea untuk berkata-kata..Bukan setakat di rumah sendiri ajeee tapi time BW pun sama, sekadar singgah tanpa sebarang jejak...

Dan kepada yang masih sudi bersinggah sini, Sue ucapkan terima kasih begitu juga kepada yang sudi meninggalkan komen..InsyaAllah ada masa dan ruang nanti Sue balas...

Tak mau berceloteh panjang, so kita layan jelah lauk yang dah berkurun-kurun ni cuma baru kali ini berkesempatan nak post...

Resipi yang direkomenkan oleh kakak Sue semasa dia meminjam majalah Saji ni...Kata dia sedap resipi dan dan bila Sue berkesempatan mencubanya, ternyata hasilnya tidak mengecewakan...Memang kena selera

KERANG MASAK SERAI
Sumber : Majalah Saji Jun 2006

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg kerang
  • 2 batang serai
  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 6 tangkai cili merah/cili kering
  • 4 cm halia
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 50 ml air
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Kisar serai, halia, bawang besar dan bawang putih.Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan daun limau purut dan tumis lagi sehingga wangi
  3. Selepas itu, masukkan kerang.Gaul rata dan biarkan seketika.
  4. Masukkan cili kisar, biarkan ia sebati dengan kerang.
  5. Masukkan pula sos tiram.Tuang sedikit air dan tambahkan garam secukup rasa.Masak kerang sehingga terbuka kulitnya.Setelah masak, bolehlah dihidangkan.

11 comments:

Amie said...

Selamat petang Sue,
aduh duh duhhhhh Sue! Kerang Serai ini kembalikan nostalgia lalu...kenangan di kampung halaman makan kerang air tangan bonda...teringin!

Zalieda Zaliedana said...

Assalam sue,wah kerang serai nmpak sedap,kalo tuka ngan siput2 lain pon mesti best kan..Duk tingin nk mkn siput retak seribu/lala tuh,tapi jarang sungguh nk jumpa,klo da pon dah xfresh,huhu..

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Sue
lama x jamah kerang ,masak camni sedapnya kan, bau serai harum je
masa ngandung memang akak kena paksa makan kerang ni he he sb darah terlalu rendah

dapurCikWan said...

Kak Sue...mintak sepinggan..nak simpan buat lunch nanti! =)

Asmara said...

macam kerang sambal jugak kan. sedap ni, dulu2 mak selalu buat.

HALAMANKU said...

Salam Kak Sue.. sedap kerang masak cam tu.. nyum2 ratah2 sedap layan kerang neh he he he

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Amie..saya dulu2 masa kat kg taklah makan sangat kerang ni, cuma sejak2 berhijrah ni, baru makan kerang especially rendang dan masak sambal...Apa-apa pun menikmati hidangan hasil air tangan ibu pastinya akan membangkitkan nostalgia tersendiri...

Kak Ct..emmm..apa saja olahan bahan mentahnya, kalau dah kena ngan selera memang sedap...Alhamdulillah, kat pasaraya sini makanan lautnya masih segar2..tapi kena tgk hari juga

Sue @ Nenie said...

Mama Sara, alamak samalah kita, masa preggie pun hb darah saya kurang..tapi saya suka makan ikan tongkol/cengcaru sebab ia juga boleh tambah hb darah...

Cik Wan..sila-sila jangan segan-segan yaaaa

Sue @ Nenie said...

Kak As..betul cuma aroma serainya lebih wangi..

Erma..klu makan nasi ngan kerang especially yang tak kopek kulit macam ni memang boleh leka jadinya

quinnie said...

menarik la sue resepi ni..bleh cuba kalau ada kerang..idak le asyik rebus kosong je..hehhehe

Unknown said...

salam, kak sy dah cuba resepi nie memg sdp, husband pun suka, cuma resepi nie sy olah sikit aje, sy rebus kerang tu dulu, n cabut kan kulit nya sebelah.. bila sambal tu dah kering, baru saya masukkan kerang, kacau2 terus angkat.. jadi bila nak makan xada lah tangan dua2 kotor.. :)