Friday, November 30, 2012

Rendang Ayam

Salam..Salam sejahtera buat semua pengunjung...Harap kalian semua gembira dan diberkati selalu

Hari ni nak kongsi satu lagi resipi dari Kak Hanieliza..Juga sesuai jika menggukan MagicPan.Main lebur je kat dalam tu ngan api kecil sampai kuah pekat..Sambil2 tu boleh goreng sayur atau apa-apa saja yang patut

RENDANG AYAM
Sumber : 1Hari 1Resipi 365 Resipi Istimewa Chef Hanieliza

BAHAN-BAHAN

Bahan-A
  • 1 ekor ayam
  • 2 cwn santan pekat
  • 1/2 cwn kerisik
  • 2 helai daun kunyit
  • Garam secukup rasa
Bahan-B
  • 3 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili padi
PENYEDIAANNYA
  1. Ayam dibuang kulit dan potong kecil.Bersihkan.
  2. Masukkan kesemua bahan di dalam kuali besar dan kacau sehingga sebati.
  3. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya sebati.
  4. Sedia di hidang apabila kuahnya pekat

12 comments:

Qasey Honey said...

sedap..QH mmg suka rendang2 ni..mkn dgn nasi putih wow xtahu nk kata la..hihi

hazila said...

Akak hari ni nak buat gulai daging untuk dimakan dengan ketupat daun palas. Macam nak raya la pulak kan..

Zaliedana said...

Fuhh sdpnyer rendang tuh..klo dpt cicah ketupat ke lemang,alahai sdpnyer..cicah roti pon best juga nih..last merendang rya aji aritu jerk,hehehe..

zila norazila said...

akk pernah cuba resepi nie..mmg sedap..cicah n roti mmg sedap..perghhh kecur dh akk nie:)

Amie said...

Lamanya tak merendang... sedap ni makan dengan nasi himpit Sue!

Naz / Nadz COSK said...

wah rajinnya buat rendang.. Nak sikit..nak makan cicah pulut..ermmm bestttt..

Wattie said...

Assalamualaikum Sue,
Bila nampak rendang mesti terbayang ketupat, gandingan yang paling serasi, rasa macam nak rayala pulak. tapi cicah ngan roti pun ok gakkan, kalau meratah lagilaaaaaa terangkat....hehehe

mama sara nur said...

akak pun suker rendang nak lagi rendang ayam ..selalu time raya tp tak raya pun ok he he
makan dgn nasi putih pun sedapp tp akak paling suker bila nak habis tu perangat kasi kering he he

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak QH..saya pun suka apalagi time malas..selalu masak ni sebab main lebur je dalam kuali..

Ohhh..sedapnya gulai daging..lagi ada ketupat palas..wowwwww...susah nak jump ketupat tu diluar musim raya ni...

Kak Ct..betul, tiap kali buat rendang mesti ingat gandingannya yang berpulut samada ketupat/lemang

Sue @ Nenie said...

Kak Ziela..Resipi Kak Hanieliza memang mantoppssss dan yang penting mudah n simple penyediaannya

Kak Amie..sokongggggg...

Kak Naz..eerrkkk...eceli ni resipi kala malas sebab main lebur je ngan api perlahan sampai kering tapi tukang masak thah kemana..ha ha ha ha ...

Sue @ Nenie said...

Kak Wattie..betul..bila sebut rendang mesti teringat geng baik dia kan...sape lagi klu tak pulut

Kak Sara..Kena lagi ngan nasi putih panas...sedapppppp...

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Hi Sue, apa khabar dear?

Wahhh I just love rendang ayam!!! Teringat kat nasi impit dah :)