Tuesday, December 18, 2012

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Assalamualaikum san salam sejahtera..

Petang ni nak tampal satu lagi resipi yang dah berkali-kali buat..Tapi baru kali ni dapat posing...Jgn terkejut klu tgk macam ada kuah..Sebenarnya Sue panggang guna MagicPan..So Sue tak perap lama tapi masa panggang tu Sue lebihkan air dan biarkan ia merenih ngan api perlahan sehingga ayam masak dan kuahnya pekat....So tak yah buat graving lagi...(Tapi yang ni, tak sempat nak pekat sebab dah lapar xsabar nak dinner)He he he he he 

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
Sumber Rujukan : Kak Azlita Masam Manis
Sumber Asal : Kak CT Delima / Che.Mid FP


 

BAHAN-BAHAN
  • 1 ekor ayam - bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil
Bahan - bahan untuk make up ayam
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
PENYEDIAANNYA 
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.  
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam (CT perap selama 3 jam)  
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.  
  5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. 
Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

11 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Lepas ni tak payah lagi nak gi Keny Rogers yang mahal giler tu...dan makanannya entah rasa ahapa-hapa....

Lesung Batu said...

Sue..bln ni saja dah 2 kali bertandang ke KRR sbb ikut mood anak2..iskk! haa..ni dh ada resepi blh la berKRR di rumah ja..nampak moist ayam tu..nyum2

QA's ~ mamapapa said...

Menarik ni..boleh try kt rumah ntikan?

Qasey Honey said...

mesti sedap ni...tgk pon dh tau klau dh ala kenny rogers tu...leh la try jugak nti..pasti nyumy

rahel said...

Waw...mengancam tu..leh mkn byk ayam n nasi...

sury_masury said...
This comment has been removed by the author.
Sury Abil said...

Salam kunjungan kembali kat sini...sedap ayam ni..ala kenny rogers..ank2 mesti suka..:-)

zila norazila said...

sedpnya..lpsnie boleh simpan duit ..x yah ke kenny tue kan..nnt akk nk cuba jgk la..:) nampak sedapp..

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Ros, kita bukak restoren kenny Rogers kat rumah plak yaaaa

Kak Leyda..saya guna magicpan n buka api slow sampai kuah dia pekat...so tak payah buat craving lagi..

Mamapapa..emm ada masa nanti boleh cuba

Sue @ Nenie said...

Kak QH..kat piawaian anak tekak kat rumah ni...dah berkali-kali duk ulang resipi ni... ^___^

Kak Rahell....Buleh buleh bulehhhhh

Suri abil..boleh cuba nanti

Sue @ Nenie said...

Kak Zila...emmm boleh cuba...iyalah..sepinggan kat KRR pun dah RM20 lebih..klu kena rakyat berdoyon-doyon macam kami ni...sesekali bolehlah makan besar..klu selalu tu buat kat rumah jelah...he he he he