Thursday, December 27, 2012

Swiss Roll Zirafah

Assalamaalaikum dan salam sejahtera

Pertamakali wat swiss roll..klu sebelum ni main beli je bila teringin tapi bila tengok kat blok kak Wan Citarasawan buat pertama kalinya, hati terus tertambat..Tapi time tu virus M masih menebal...Tapi bila tengok lagi sekali kat blog Kak Azlita ngan bayangan blueberry fillingnya, terus tak boleh nak tahan...

Berpandukan langkah demi langkah yang Kak Azlita dan Kak Wan sajikan berserta gambar-gambar langkah demi langkah yang disertakan memudahkan lagi pemahaman dan minat untuk mencuba makin menebal...Alhamdulillah akhirnya berjaya gak menggulung walau tak secantik mana...

Jadi kepada sesiapa yang teringin merasa daging kek zirafah ni, dan perlukan paparan yang lebih jelas boleh bersinggah ke blog Kak Azlita@MasamManis/blog Kak Wan@Citarasawan sebab tuan rumah sini tak cukup kakitangan nak buat pergambaran belakang tabir..Almaklumlah wartawan tak bertauliah ramai sangat kat sini...Kalau setakat diorang nak interview je "Mama buat apa" "Ma, ni apa""Ma, kenapa Mama lukis-lukis""Mama..bla bla bla.." masih boleh tahan lagi..Tapi kalau dak masuk bab ni yang paling tak tahan ni..Takut tak sempat siap kek nya nanti... "Maaaa...Adik Is main tepung..." "Maaaa....Kakak Tolong kacau ya..." "Maaaa...Yaya tolak Adik Is..." Waaaaaaa...Adussss main berebut kerusilah plak...Macamana nak buka produksi pergambaran macamni.......

SWISS ROLL ZIRAFAH
Sumber Rujukan : Kak Azlita @ MasamManis
Sumber Asal : Kak Wan @ Citarasawan / MissB @ Everybody eats Well


BAHAN-BAHAN

Adunan Coklat
Bahan A
  • 3 biji kuning telur 
  • 15gm gula kaster 
  • 60ml air 
  • 40ml minyak jagung / minyak masak 
  • 75gm tepung gandum 
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Bahan B
  • 8gm serbuk koko 
  • 1 sudu kecil coklat emulco
Bahan C
  • 3 biji putih telur 
  • 50gm gula kaster 
  • 1/4 sudu teh cream of tartar
Adunan Corak Zirafah
  • 1 biji putih telur 
  • 2 sudu teh gula kaster 
  • 1 sudu teh tepung gandum 
  • 2 sudu besar dari adunan (yang di ketepikan)****
PENYEDIAANNYA 
  1. Sediakan loyang 10 x 10".  Lakarkan dengan pen corak zirafah di atas sehelai kertas minyak.  Masukkan ke dalam loyang, kemudian ambil sekeping lagi kertas minyak dan alas di atas permukaan kertas lakaran tadi.  Gunakan berus, celup dengan sedikit minyak dan gris permukaannnya hingga rata untuk mengelakkan corak dari melekat di kertas apabila di keluarkan.
Adunan Coklat :Bahan A :
  1. Pukul kuning telur dan gula hingga berkrim, di ikuti esen vanila, air dan minyak.  Pukul sebati dan masukkan tepung, kaup balikkan hingga rata.  Ketepikan 2 sudu besar adunan *** (untuk corak zirafah).
  2. Pukul bahan C hingga kembang dan bertanduk, kemudian kaup balikkan perlahan-lahan dengan adunan selebihnya dan  bahan B untuk adunan coklat.  Gaul hingga sebati.
Adunan Corak Zirafah :
  1. Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan bertanduk.  Masukkan  2 sudu besar adunan yang di ketepikan tadi di ikuti dengan tepung gandum.  Kaup balikkan hingga sebati.  Masukkan adunan ke dalam piping bag yang di gunting muncungnya dan pipe di atas lakaran corak zirafah tadi. 
  2. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 1 minit dan keluarkan dari oven.  Ketepikan.
  3. Tuang adunan coklat ke atas corak zirafah, ratakan dengan spatula.  Hentakkan loyang beberapa kali untuk mengeluarkan buih yang terperangkap di dalam adunan. 
  4. Bakar pada suhu 190C selama 10-14 minit.
  5. Bila kek telah masak, keluarkan dari oven dan pindahkan ke atas wire rack.  Biarkan sejuk dengan permukaan corak zirafah berada di atas.  Keluarkan kertas alasnya perlahan-lahan supaya corak tidak terkoyak. 
 Untuk mengulung : 
  1. Potong bahagian tepi kek.  Sediakan sekeping kertas minyak yang besar dan terbalikkan kek dengan permukaan corak zirafah di bawah.  Sapu jem / filing yang di sukai dengan rata di atas pemukaan kek dan perlahan-lahan gulung padat dengan kertas minyak.  Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam. 

Filing 

  • 100gm whip cream 
  • 15gm gula kaster (Sue ikut Kak Azlita guna blueberry)
(Putar hingga kental dan sapu di permukaan swiss roll)

6 comments:

zila norazila said...

alahaiii sedapnya..rajin btl la..akk nie asik berangan jew nk buat swiss roll..tp x kesampaian:)

Sue @ Nenie said...

salam Kak..saya pun takut sebenarnya nak wat swiss roll takut patah time gulung..tapi bila tgk kak azlita buh blueberri terus rasa teringin...try gak lah..sib baik menjadi gak walau tak secantik mana dan gulungannya tak bulat...

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Sue
cantik belang2, rajinlah Sue wat swiss roll akak lglah Sue blm ada kenyakinan kalu bab2 gini he he

Qasey Honey said...

wah dh buat dlu yer..nmpk sedap kek ni..tp cm brani nk try..takut zirafah jd rimau lak nti..hehe

Mylesung said...

haha..nak tumpang gelak kat komen QH..sy pun tak berani bab baking ni sbb slalu fail..tapi mmg respek la dgn keberanian sue di samping wartawan tak bertauliah tu..comel! :)

Amie said...

Menjadi ye Sue swiss roll tu... cantik kejadiannya! Kita dah belajar buat ni dalam kelas masakan tapi tak berani nak buat sendiri....lum confident!