Friday, February 22, 2013

My Simple Dinner

Assalamualaikum..dan salam sejahtera...Emmm lama tul pengunjung2 sini duk hadap Chifon pisang tu..he he he tuan rumah ni...asyik duk berhibernasi jeeee yaaaa..Terima kasih kepada yang sudi tinggal jejak..InsyaAllah ada kelapangan nanti Sue balas... ^__^

 Oklah..Saja jeee duk tayang2 dinner simple yang semua orang pun tahu buat...Ini pun antara satu sebab malas nak muncul ngan tayangan2 amal sebab lately ni memang selalu masak simple2...Masak apa saja yang ada kat esbox jeeee....Nanti klu berlama2 kat dapur dan hidangan lambat siap, mesti diorang minta susu..emmmm klu dah minum susu nanti, faham2 jelah, susahlah nak ajak makan...Tak syok lah plakkkk kan....

SUP AYAM SIMPLE

BAHAN-BAHAN
  • 350 gm isi ayam (potong kecil)
  • 1 batang lobak merah (potong ikut suka)
  • 1 biji kentang (potong ikut suka)
  •  segenggam soo hoon (rendam sampai lembut)
  • 1 labu bawang besar (potong bulat)
  • 1 buku kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
Bahan Tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • *3 ulas bawang merah (tumbuk kasar)
  • *2inch halia (potong 3 dan ketuk bagi pecah)
 PENYEDIAANNYA
  1.  Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis sehingga terbit bau.
  2. Masukkan isi ayam dan kacau seketika sehingga isi ayam kecut.
  3. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan kentang, lobak merah dan kiup pati ayam dan bawang potong dan renih.
  5. Apabila ayam, kentang dan lobak telah masak, perasakan dengan garam secukupnya.
  6. Masukkan soo hoon dan kacau seketika.biarkan merenih lebih kurang 5min dan siap dihidang.

TALAPIA BERLADA SIMPLE
Sumber : Chef Wan
(Dah lupa dari buku mana tapi suka buat resipi berlada ni sebab ia simple..Sukatan pun pandai2lah adjust ikut selera..Mana nak pedas-tambah cili, nak lebih wangi-banyakkan serai)

 BAHAN-BAHAN
  • Ikan Talapia ~ Dilimur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
  • sedikit air asam jawa
  • Garam secukupnya
Bahan Kisar
  • Cili merah
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Serai ~ Ni Sue tambah
  • Kiub pati bilis ~ Ni pun Sue tambah
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan sedikit air asam jawa dan perasakan dengan sedikit garam.
  4. Apabila sudah cukup rasanya masukkan (1) dan gaul sekejap.Tutup api dan sedia dihidang.

TAUFU TELUR DADAR

BAHAN-BAHAN
  • 3 biji telur
  • 1/2 tiup taufu telur (potong bulat)
  • 2 batang filamen crab (potong bulat)
  • 1 labu bawang besar saiz sederhana (potong membulat)
  • 1 sb mayonis
  • Garam secukupnya
PENYEDIAANNYA
  1. Didalam mangkuk, masukkan kesemua bahan kecuali taufu telur.Pukul sehingga berbiuh dan kesemua bahan bergaul rata.
  2. Kemudian masukkan taufu telur.
  3. Panaskan kuali dan goreng dengan api kecil sehingga kekuningan.
  4. Sedia dihidang.
Note : Untuk memudahkan, goreng telur di dalam pan dengan api kecil.Apa bila agak2 telur kat bahagian bawah dah masak, telingkupkan telur di dalam pan tadi ke dalam kuali dan goreng dengan api perlahan sehingga masak.Sebab bila kita buh tauhu telur ni, dadar kita tak akan cepat patah/pecah semasa proses nak membalikkannya..Ini bagi yang tak pro lah...Klu dah pro tu abaikan cara ni......

10 comments:

LiNa_Pg said...

Haish..camni gaya tak simple dah ni..
Akak kalau simple memang sempoi sungguh...ayam goreng bodoh ngan sayur bg ada kuah..kira siap dah tu hahah

KakAsma said...

sesekali layan lauk camgini mmg sedapkan sue
nak2 tambah dengan ulam2
suka tul...kalau dapat hirup sup tu
nyaman ajer..

ady said...

as-salam
simple2 pun npk sedap dan sungguh menyelerakan ..

Amie said...

Lauk beginilah yang cepat buat pinggan jadi licin Sue... lagilah ikan talapia berlado tu...fullamak! Terliur daku!

Mamasya said...

Aslmkum Sue
wpun simple yg penting memenuhi selera keluarga. akk pun selalu msk ringkas....sup ayam , ikan masin dan telur dadar...bertambah2 juga mkn...hhi..

yan's cottage said...

semuanya...nampak sedap...kalau makan nie..mesti bertambah2 kan...?

Wattie said...

Salam Sue,
Akak berkenan kat ikan talapia tu, kalau dapat sekor tau, mau habih nasi panas panas 2 pinggan hehehe....

Sue @ Nenie said...

Waalaikumsalam...

Kak Linapg..He he he he he..saya pun selalu juga buat lauk super simple tu..goreng ayam n tumis sayur...suke2...lagiiii jimat masa dan tenaga kan..ha ha ha ha

Kak Asma..klu masak macam ni, budak2 lah yang lajuuuu je hirup kuah...cuma kali ni stok sayur dah abisssss...

Ady...Inilah resipi sedikit rajin..nak masak yang rumit2 konfem tak sempat sebab balik keje pun dah lewat petang.. ^___^

Sue @ Nenie said...

Kak Amie..jommmlah kita ratah sama2 ikan tu...Kat rumah sini hubby kurang ikan2 ni..tu yang masak sekorrrr je tuuu...

Mamasya...betul...betul...betulll...

Kak Yan..Lepas masak terusss makan...terus terbangkit selera sampai tak sedar bertambah nasi...isshhhh bahaya ni....

Sue @ Nenie said...

Kak Wattie..Klulah kak Wattie ada temankan makan, makin berselera saya..klu tak terpaksa ratah sorang2...