Monday, July 15, 2013

Bingka Roti Berjagung

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dua hari tuan rumah bersunyi-sunyian tanpa sebarang paparan lauk berbuka..Biasalah bila berada di rumah memang jarang berkesempatan nak on9 apatah lagi sejak moderm rosak ni, tapi sampai sekarang pun tak report2 lagi kat TM...

Jumaat, masak simple je...Ayam masak kicap, Sabtu,menu orang malas siket sebab main renih n lebur jeee...Sup Tulang..Dan Ahad, rajin siket, masak nasi lemak dan ayam goreng Kentucky...Dan tadi pagi sempat gak sediakan bingka ni utk sarapan anak2..Tinggal siket utk berbuka petang ni.,..So xde gambar postmortem...


BINGKA ROTI BERJAGUNG
Sumber : Che Mat Gebu
Rujukan : Kak Nor @ Secubit Garam

BAHAN-BAHAN 
Untuk Separuh adunan, Sue dapat 3 biji acuan kuih bakar bunga pecah lapan
(Tulisan roman Italic merujuk kepada sukatan 2/3~dari K.Nor)
  • 3 biji telur gred A (2bj)
  • 150 g gula kastor (100gm)
  • 100 g mentega, dicair dan sejukkan (mat guna 70 gram) (60gm)
  • 1/2 camca teh garam (1/3 sudu kecil)
  • 300 g roti putih, didadu kecil2 (200gm)
  • 200 g tepung gandum (130gm)
  • 1 liter santan (670ml )
  • 1 camca teh esen vanilla (2/3 sudu kecil)
  • 200 g jangung krim dalam tin (130gm - nak letak extra pun tak per)

PENYEDIAANNYA
  1. Dalam satu bekas, satukan telur, esen vanilla dan gula, kacau hingga larut.
  2. Tambah mentega cair dan masukkan tepung dan garam, kacau rata.
  3. Tuang santan dan kacau hingga semua sebati.
  4. Masukkan roti tadi dan biar terendam selama 15 - 20 minit.
  5. Masukkan jagung krim, kacau hingga rata dan tuang dalam acuan kuih bingka yang telah disapu mentega dan alas dasarnya dengan aluminium foil, sapu juga aluminum tadi dengan mentega.
  6. Bakar dalam oven pada suhu 180C, selama 1 jam atau pun hingga masak. Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari tin dan dipotong....
 
CATATAN MAT GEBU :- Resipi ini akan menghasilkan kueh bingka roti jagung berukuran 9 inci x 9 inci x 2+ inci. Kalau nak buat kecik, bahagi dua resipi diatas (untuk telur tu kalau buat 1/2 adunan, mat syorkan 1 biji telur + 1 kuning)

CATATAN SUE :- Sue guna acuan kuih bakar bunga pecah 8.Sebelum menuang adunan bingka,Sue panaskan terlebih dahulu acuan tersebut di atas dapur gas dan sapu minyak keseluruhan permukaan.Bila acuan dah betul2 panas, baru dituangkan adunan bingka ke dalamnya dan bakar seperti biasa di dalam oven sehingga masak.

5 comments:

fazianbatrisyia said...

rajin buat kuih...tak yah beli kat bazar...lagi sedap buat

JaSSNaNi said...

Assalam..
siap dua bingka terus tu.. yg lagi bestnye.. :) saya suka bingka bunga ni wane ijau.. :) apa pun thanks sharing.. :)

>> kat umah pun saya malas nak BW and apdet blog.. sbb tenet slow melow..

Ayu said...

salam ramadan buat Sue & family..
akak bulan puasa tahun ni macam slow aje..ler..hehe bingka roti berjagung sedap buat berbuka ni sue..:)

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam sue
bestnya kalu anak2 makan kuih
akak teringin tp nanti sure sorang2 makan huhuu

ady said...

salam
wahhh!!!bestnye bingka..sure sedap..