Wednesday, July 17, 2013

Kuih Lapis Ros Pandan

Assalamualaikum...

Hari ni nak tayang kuih lapis yang di buat 2~3 hari lepas...Tapi kali ni rajin siket sebab tak main buh dalam loyang terus tapi buat dalam bekas kecil-kecil macam ni..Senang siket...Boleh bagi anak-anak bawa bekal ke Kindergarthen dan buat sarapan..Selebihnya boleh simpan untuk berbuka pada petangnya...

Buat Lepas sahur...Jadi klu buh dalam loyang kan leceh nak kena potong-potong lagi pun time tu kuih belum sejuk betul...mesti leceh kan...Buat macam ni senang siket untuk sarapan kanak-kanak Ribena tak perlu nak toreh bahagiaan Mama & Papa dia berbuka....

Dah beberapa kali juga buat guna resipi ni...Puas hati..Pendek kata koleksi kuih dalam buku masakan Pn Asmah tu memang best2 semualah setakat yang sempat Sue cuba..Antaranya, kuih lapis nilah..Tapi Sue adjust siket, klu Pn Asmah buat 2 kaler jeee, merah dan plain, tapi Sue tambah lagi satu warna hijau..Kasi kaler-kaler siket budak-budak nak makan....

KUIH LAPIS ROS PANDAN
Adaptasi dari Buku Tempting kueh (One Publishing Sdn Bhd)


BAHAN-BAHAN
  • 250 gm Tepung gandum
  • 250 gm tepung beras
  • 125 gm tepung ubi
  • 500 gm gula pasir
  • 2 lit santan (dari 2 bj kelapa #500 gm santan+1500 ml air)
  • Pewarna merah & hijau
  • Perasa Ros dan pes pandan
  • 2 helai daun pandan
 PENYEDIAANNYA
  1. Masak 500 ml santan bersama gula dan daun pandan sehingga sekali mendidih sahaja
  2. Tuangkan ke dalam mangkuk dan buangkan daun pandan.
  3. Blender bahan-bahan lain bersama baki santan dan tuang ke dalam mangkuk tadi.Kacau rata.
  4. Bahagi 5 bahagian.1 bahagian dimasukkan pewarna merah dan perasa ros.2 Bahagian dimasukkan pes pandan dan pewarna hijau.Dan baki 2 bahagian lagi di biarkan pada warna asal.
  5. Kukus lapiasan pertama dengan warna merah selama lebih kurang 5-7min.Diikuti dengan warna hijau berselang putih sehingga habis dan akhiri dengan warna merah.
  6. Untuk kukusan yang terakhir lebih kurang 15-20 min.

7 comments:

fazianbatrisyia said...

sedapnya...sib baik baru dpt makan buka semalam...beli (sedap jugak) lum pun buat kuih.

JaSSNaNi said...

assalam..
sedap nampak.. wane wani.. cantek sangat.. kemas awak buat..

ady said...

salam
cantik warna kuih lapis ros pandan ni...npk pun sedap..

Cida de' Nuanza said...

sy pun suka buat dlm bekas kecil2 cam ni..
senang nk hidang dan nk mkn

mama sara nur said...

assalam Sue
lawa gandingan kaler pink dan hijau
kuih2 lapis ni sedap wat sendiri kalu beli kompem tak menepati citarasa he hee

Gee® said...

Sedapnya kuih lapis...

rahel said...

jika Nampak kawan2 buat kuih lapis..tangan kita pun gatal gak nak melapis...sedap tu.