Friday, July 12, 2013

Tumis Asam Ikan Cengcaru

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Dah beberapa hari sebenarnya teringinnnnnn sangat nak makan ikan cengcaru ni...Kalau sebelum ni, selalu goreng jeeee tetapi bila dah masuk bulan puasa ni, terasa nak makan yang berkuahlah pula..

Kebetulan, Rabu lepas singgah ke Pasar Tani Kota Kemuning dan jumpa ikan ni yang saiz besar...So rembatlah seekor, siap suruh penjual tu buangkan kulitnya sekali..

Dalam berkira-kira nak masak macamana ikan ni, tetiba terlintas plak kat fikiran, kalau buat asam pedasss sedap gak ni... So apa lagi, terusss je google cari beberapa sumber resipi...Nak cari yang paling senang dan ringkas jee sebab memang tak terlalu banyak masa untuk berlama-lama di dapur...

Dan jumpalah resipi Tumis Asam ni...Terus CnP...Tapi tengoklah bahan kisar Sue..Tak blend lumat pun sebab guna blend kering, malas plak nak selongkar blend basah tu...Klu bawangnya kasi lumat siket mesti kuahnya boleh buat lagi pekat.....


TUMIS ASAM IKAN CENGCARU
Sumber : Meow @ MyResipi
 
BAHAN-BAHAN
  • 2-3 kerat ikan talapia dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng ~Sue guna ikan cengcaru tapi tak goreng...
  • secekak daun kesum
  • 1/2 mangkuk air asam jawa
  • 2 biji tomato sedang - dibelah 2 
  • Beberapa batang bendi ~ Yang ni Sue tambah
  • 1 kuntum bunga kantan - Mayang ~ Yang ni Sue tambah
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • minyak utk menggoreng 
  • ½ s.teh halba ~ Yang ni Sue tambah
Bahan-Bahan Kisar
  • 16-18 biji cili kering (nak lg pedas tambah lagi)
  • 4-5 ulas bawang merah
  • 2-3 ulas bawang putih
PENYEDIAANNYA
  1. Sediakan periuk dan panaskan minyak.. 
  2. Masukkan halba dan goreng sekejap sehingga naik bau..Hati-hati jangan sampai hangus.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan garing
  4. Masukkan air asam jawa, daun kesum dan bunga kantan.Biarkan sehingga mendidih (sekiranya hendak kuah lebih masukkan lagi sedikit air bergantung atas kehendak anda)
  5. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi berserta bendi dan buah tomato yang telah dibelah tadi.. tunggu dalam 2 minit..Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Sedia untuk dimakan bersama nasi panas.. SELAMAT MENCUBA

9 comments:

Mori Said said...

tgok menu ni kecur pulak... klu makan panas2 ngan nasi panas... sdap ni...

Mori Said said...

tgok menu ni kecur pulak... klu makan panas2 ngan nasi panas... sdap ni...

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam Sue
memang kecur tgk menu
lauk Sue ni dgn bendi lg memang sedapp

Amie said...

Sedapkan Sue kalu ikan cencaru masak gini, lama tak masak berkuah selain bakar bersumbat padahal dulu2 selalu buat asam pedas ikan cencaru.

ibundo said...

salam sue. Pelbagaikan cara masakan. kreatif tu..
Selamat berpuasa

kak ina kl said...

salam ramadan sue
memang sodap asam pedas ni ..makan dengan nasi panas dan goreng ikan masin ataupun telur dadar..ada pulak sambal belacan...terangkat :)

rahel said...

Memang sedap ni...ala2 singgang la kan..

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum dan selamat berpuasa :)...

Mori...Betul tu, lepas masak ni, ngam2 tunggu detik berbuka...Memang lajuuu lah ngan nasi panas..

Kak Sara, saya klu buat asam pedas mesti nak buh bendi..he he he ..

Kak Amie..1st time ni cengcaru masak berkuah gini..klu tak, sebelum ni mesti main goreng jeeee

Sue @ Nenie said...

Kak Ibundo...He he he puasa-puasa ni selalu terasa nak makan merapu-rapu..he he he selamat berpuasa juga buat Akak..

Salam Ramadhan juga buat Kak Ina..Iyalah..klu dapat buat pedas2 lagi bestttt kan...

Kak Rahel...ada kuah, lajuuuu je makan time pose2 ni...