Sunday, September 15, 2013

Tau Foo Stim

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bersiaran ngan resipi ala kadar jeee kali ni...Simple dan buat pun secara kebetulan terlintas masa duk tengah masak...Tak tau nak bagi nama apa, main buh jeeee dan saje simpan sini untuk ingatan dimasa akan datang...

TAU FOO STIM
Sumber : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 1 bungkus/pek tao foo lembut
  • Segenggam tauge
  • 1 batang fish cake (hiris nipis)
  • 1 labu bawang besar (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (ketuk dan cincang)
  • 5 tangkai cili padi (hiris)
  • 2 sb sos tiram
  • 1 sk perasa maggie
  • Sedikit minyak bijan
  • Garam dan gula secukupnya
  • ½ cwn air
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan sedikit minyak cukup untuk menumis dan masukkan beberpa titisan minyak bijan.Tumis bawang putih sehingga terbit bau dan masukkan bawang merah dan cili.Kacau goreng sehingga bawang layu.
  2. Masukkan sos tiram dan perasa maggie.Masukkan juga fish cake.kacau rata.masukkan air.Perasakan secukupnya.
  3. Masukkan tau foo lembut dan biarkan ia merenih dengan api kecil (tutup kuali) sehingga kuah agak pekat.
  4. Taburkan tauge ke atasnya.Jika mahu tauge sedikit layu, tutup kuali seketika..Jika mahukan tauge yang rangup, selepas taburkan tauge di atau tau foo, biarkan seminit, dan terus masukkan ke pinggan hidang.
  5. Sedap di makan panas-panas bersama nasi..Nak ratah begitu saja pun boleh juga...sedapppppp

5 comments:

Gee® said...

Bestnyaaaa...

ummiaisyah said...

Simple..n..pasti sedap

ummiaisyah said...

Simple..n..pasti sedap

rahel said...

Memang sedap....sesuai kepada yg on diet..

zana fahmi said...

Ni nmpk sedap, favourite kakpb tauhu lembut. Bila2 free kakpb nak buat.