Tuesday, October 8, 2013

Apam Harum Manis

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Memang lama betul tuan rumah tenggelam..Dah lama tak post, macam tak tahu pula nak berkata-kata...Terus zooommmmmm resipi jelah yaaa..mcm nilah sekarang..selalu tak sempat posing-mosing...Itulah antara sebab duk lama menyepi ni...Bukan tak masak..masak tetap masak cumanya selalu tak sempat nak ambil gambar...Sudahnya resipi tersimpan kat draf jeee..mana yang sempat selit2 gambar tu, sempatlah muncul kat blog.....

Apa pun...resipi ni sangat sedap lain dari yang lain sebab ada rasa pisang pada apam kita ni...

APAM HARUM MANIS
Sumber : Tulip77 @Myresipi


BAHAN-BAHAN (40 biji)
  • 300 gm gula melaka
  • 350 ml air
  • 3 biji telur
  • 200 gm gula pasir
  • 350 gm tepung gandum
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh bicarbonate of soda
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 sudu maka esen vanilla
  • 50 gm mentega, dicairkan
  • 8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis
PENYEDIAANNYA
  1. Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.
  2. Pukul telur dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata.
  3. Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati
  4. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan, isikan ½ penuh sahaja lalu letakan hirisan pisang keatas adunan.
  5. Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit.
  6. Sejukkan dahulu.Adunan ini blh dapat 40biji apam.
 *** Isi separuh sahaja, apam ni akan naik tinggi ***

4 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya sue... macam nak Cuba jer... tapi bila akak nak rajin macam Sue... ;)

Sweet red cherry said...

em..sedapnya..

Wattie said...

Salam Sue,
Eloknya jadi apam yg Sue buat, nampak lembut dan sedap

rahel said...

sedapnya ni apam...sy suka..