Monday, April 21, 2014

Kari Ikan Mamak Style

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Menu yang dah berhari-hari berlalu...Saja nak cuba-cuba...Sebelum ni tak pernah pun makan kari kepala ikan samada di kedai atau buat sendiri..Kari ikan biasa tu adalah...

 

Cuma kali ni saja-saja nak cuba...Kebetulan pergi ke Econsave ada promosi ikan merah ni...Jadi belilah seekor..Tak besar sangat, saiznya sekilo lebih jeee..potong dapatlah 4 keping..2 keping isi dan 1 keping masing-masing kepala dan ekor....

2 keping isinya cadang nak buat sup, dan ekor juga kepala boleh buat kari..Almaklumlah, kat rumah ni Sue ngan anak2 je yang makan ikan...Jadi kalau teringin nak makan ikan mesti buat dalam portion yang kecil sahaja...

Sebab tak pernah makan kari kepala ikan, jadi Sue tak pastilah yang Sue dapat ni dah hampir benar ngan rasa kari kepala ikan seperti di luar sana atau lain..Jadi nak selamat Sue cuba resipi dari Mamak Aji yang memang pemes ngan resipi Mamak beliau..Walau pun ia resipi Ikan Bawal, dan Sue dah memandai-mandai guna kepala ikan merah tetapi ia tetap sedap dan kena ngan selera..Len kali boleh cuba lagiiii ni...

KARI IKAN MAMAK
Sumber Rujukan : MamakAji@Mohd Roslan

BAHAN-BAHAN
  • 1 kg. Ikan (Sue guna ikan merah)
  • 1 sudu kecil rempah tumis/ halba campur (mengandungi halba+biji sawi+jintan putih + dll).
  • 1 biji bawang besar merah dipotong hiris memanjang.
  • 1 sudu besar pes halia dan bawang putih.
  • 2 biji bawang labu merah sederhana besar, dikisar dengan 1 liter air. Terpulang pada kuatiti kuah yang anda menghendaki.
  • 2 biji Tomato masak.
  • 2 sudu besar asam jawa jadikan jus  1 cawan.
  • 6 biji sayur bendi (basuh dulu dan potong tangkainya.
  • 3 ranting daun kari.
  • 2 ranting daun pudina untuk hidangan.
  • 1 senduk besar minyak masak.
  • 100 gm. Santan pekat kalau anda inginkan, kalau tak masukkan pun tak apa, ia cuma bagi lemak saja.
  • Garam secukup rasa.
Pes rempah
  • 125 gm. rempah kari ikan baba’s
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih. (bagi kaw lagi rempahnya)
  • 1 sudu kecil jintan manis.
  • 1 sudu kecil serbuk cili.
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas (sekiranya diperlukan).
PENYEDIAANNYA
  1. Sediakan periok atau kuali dan panaskan. Masukkan minyak masak untuk menumis. Masukkan halba campur. Awas! jangan sampai halba campur ini hangit, ia akan menyebabkan bau hangit dan ia akan timbul di atas kuah kari nanti. Apabila saja rempah ini mula letup-letup, segera masukan bawang yang telah dihiris.
  2. Apabila hirisan bawang mengeluarkan bau yang harum dan bertukar warna keemasan masukkan pes halia bawang putih.Tumis hingga keluarkan bau yang harum dengan api dapur yang kecil.
  3. Sediakan pes rempah  ia itu serbuk kari, serbuk jintan manis , jintan putih serbuk cili, serbuk kas-kas dengan adunkan dalam sebuah bekas dan isikan sedikit air dijadikan pes pekat seperti rempah giling, masukkan dalam dalam kuali kacau serata dengan bawang dalam 1 atau 2 minit saja.  Masukkan daun kari. Jangan hangus pulak, api dapur dalam keadaan api kecil. .
  4. Masukkan air bawang yang telah kisar, kacau rata. Buka api dapur keadaan tinggi. Bila air bawang mula keluarkan bau yang harum rempah,  kalau kuah anda rasa pekat tambah 2 cawan  air dan biarkan sebatian ini mendidih dengan kedudukan api yang tinggi (Proses ini untuk rempah disebatikan. Air mungkin sejat, tambah jika perlu).
  5. Apabila sebatian kari ini telah mendidih selama lebih kurang 20 minit, bawa api dapur ke medium dan masuk ketulan ikan. Biarkan ikan ini masak selama 15-20 minit. Jangan membiarkan kari ikan mendidih terlalu kuat (ketulan isi ikan akan pecah).
  6. Ramaskan buah tomato jadi hancur dan masukkan (air tangan mamak noo). Masukkan kacang bendi. Biarkan kari itu mendidih selama selama 3-5 minit lagi.
  7. Masukkan santan kalau nak tambah kalau tak ada pun tak apa. Masukkan garam secukup rasa.
  8. Kacau sama rata dengan perlahan dan berhati-hati supaya ketulan isi ikan tidak pecah/ hancur. Bila mula didih lagi masuk jus asam jawa.
  9. Biarkan kari anda mendidih (jangan kuat!)semula dalam 3-4 minit lagi.
  10. Apabila ikan telah masak (jangan terlalu kerap kacau masakan ini supaya isinya tak pecah).  kari ikan anda sedia untuk hidang.
  11. Taburkan ranting daun pudina keatas kari dan tutup bekas hidangan supaya haruman rempah kari tidak terbebas. Buka tudang bekas hidangan kari ini hanya semasa hidang untuk makan. Selamat mencuba!.
Note
  1. Basuh ketulan ikan terutamanya ambil kira basuh bekas darah ikan yang terdapat ditulang tengah. Kepala ikan perlu dibasuh dengan membuang segala sisa-sisa darah dan insang. Sisa-sisa darah ikan ini akan menyebabkan kehanyiran dan juga memberi kesan kepada warna kari ikan menjadi kehitaman. Ketulan ikan yang telah dibersihkan perlu diperam dengan sedikit  garam dan perahan jus limau nipis 1 biji atau gunakan 1 sudu besar asam jawa untuk menghilangkan bahan kimia atau pun lendir ikan yang akan menghanyirkan ikan tersebut selama 20 -30 minit. Basuh kembali ketulan tersebut dengan air bersih. Ketulan ikan ini sedia untuk masak.

3 comments:

Sweet red cherry said...

sedapnya menu kari ikan..

Unknown said...

Sue..sesekali makan kepala oklah. Dah lama tak beli kepala ikan. Sini jual murah.

Amie said...

Hoooo... resepi Mamak Haji memang hebatlah Sue!