Tuesday, April 1, 2014

Kek Sarang Semut

(Sekalung doa buat semua para penumpang dan anak kapal MH370..Salam takziah buat semua ahli keluarga yang terlibat....)

Assalamualaikum..

Dah lama tak buat kek sarang semut guna resipi Lemon@MyResipi ni...Memang best..suka sangatlah kalau wat kek sarang semut tak payah nak perap-perap ni....


Tapi kali ni buat separuh adunan jeeee....Sebab seadunan resipi ni dapat kek yang agak besar...Takut tak terhabis plak nak makan nanti...Lagi pun last week dah buat...Ni pun buat lagi atas request anak-anak...

KEK SARANG SEMUT
Sumber : Lemon @MyResipi

BAHAN-BAHAN
Sue buat separuh adunan jeee

  • 2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 150gm buttercup
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu soda bikarbonat
  • 1/2 tin susu pekat
  • 5 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
PENYEDIAANNYA
  1. masak gula pasir menjadi gula hangus, pas tu baru masuk air, biarkan sejuk baru masukkan buttercup
  2. pukul telur bersama susu pekat dan esen sehingga sebati.
  3. tepung dan soda mestilah diayak. kemudian masukkan tepung ke dalam adunan telur berselang seli ngan gula hangus, gaul sebati.
  4. masukkam ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit. 

5 comments:

LiNa_Pg said...

Kek old skoll memang sedap sepanjang zaman...cantik sarang tu

Lyza said...

salam sue... kuih sarang semut ni mmg peberet..ada lg ke?

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Cantik kejadian kek sarang semut Sue ye.. Pandai sue buat.. tergoda akak tengok :)

Bbwana adienia said...

salam sue..

cantiknya kejadian kek sarang semut tu..sya selalu buat time raya sebab kesukaan my dad..

mama sara nur said...

Assalam
Kita pun lama x mkn dan buat kek ni
Terliur pulak tgk sue tayang kat sini
X payah perap pun cantik sarangnya
Nak try resepi ni lah he hee tqqq sue