Thursday, November 4, 2010

Tofu Telur

Antara lauk sampingan yang jadi kegemaran..Sebelum ni asyikkkk beli kat kedai jeeee...Tapi bila dapat resipi ni terus cuba...

BAHAN-BAHAN
  • 1Paket tofu jepun (dipotong bulat
  • 1 biji telur (dipukul dengan sedikit garam
  • 1 sb tepung jagung (dicampur dengan 1 cawan air)
  • 5 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 kiub pati ayam
  • 1 sk gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit daun bawang
  • Minyak bagi menggoreng

PENYEDIAANNYA
  1. Celupkan tofu ke dalam telur.
  2. Kemudian goreng dalam minyak panas yang banyak.Angkat dan toskan.
  3. Ambil sedikit sahaja minyak tadi bagi menumis.Tumis bawang putih sehingga wangi.
  4. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kiub pati ayam.
  5. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula.Kacau sehingga mendidih dan kuah pekat.
  6. Tuang ke atas tofu telur tadi dan taburkan daun bawang.Sedia di hidangkan...

No comments: