Wednesday, January 19, 2011

Chicken and Cashew

Lauk ayam..Chinese style gituuuu..Senang, cepat dan yang penting sedappppppp......

Resipi asal kopipes dari yummiez kat Dapur MYR....Thanks youuuuuu....Minta halal ya simpan dan panjangkannya kat sini pula

BAHAN-BAHAN
  • Beberapa ketul isi ayam/mana-mana bahagian
  • Garam dan Serbuk Lada secukupnya ~Untuk perap ayam
  • Tepung Jagung secukupnya
  • 3 tangkai cili kering ~dipotong-potong
  • Kacang gajus secukupnya
  • 2 ulas bawang putih ~Dicincang
  • 1 biji bawang merah ~Dimayang
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 capsicum atau lada benggala ~dipotong dadu (boleh guna capsicum merah dan hijau untuk nampak lebih cantik)~Sue skip ni, tarak stok
  • Air secukupnya
  • garam dan serbuk lada secukup rasa
  • daun bawang dan daun ketumbar - untuk hiasan


PENYEDIAANNYA

  1. Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sebentar. Kemudian, salut ayam dengan tepung jagung. Deep fry ayam tadi dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng cili kering dan angkat setelah agak kehitaman.
  3. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan halia dan bawang merah.Tumis lagi sehingga naik bau dan bawang layu.
  5. Masukkan ayam yg telah digoreng, capsicum, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Tambah air secukupnya. Perasakan dengan garam dan lada secukup rasa.
  6. Akhirnya masukkan kacang gajus dan cili kering tadi dan teruskan memasak sehingga kuah menjadi agak pekat.
  7. Sedia dihidang.

3 comments:

HALAMANKU said...

mmm sedap masak ayam camtu..+ + Cendawan Jepun.. erma panggil masak Hokian.. sdap3 ader lagi? tapau sikit he he eh

Nieza said...

sedapnya!...nanti boleh cuba ni..:)

Sue @ Nenie said...

Salam..

Erma...Ya ya kalo ada cendawan shitake memang best....

Nieza..Haaa ada masa nanti bolehlah cuba