Thursday, September 15, 2011

Telur Masak Paprik

Assalamualaikum...

Dah muak yaaaa sepanjang Syawal ni duk ngadap, rendang, gulai, kari, sambal yang kebanyakannya berasaskan ayam dan daging...So sesekali kita ubah selera siketlah....Makan telur plakkkkk.....

TELUR MASAK PAPRIK
Rujukan : Kak Ayu @ Singapore

BAHAN-BAHAN
  • 5 biji telur
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang putih-dikisar/tumbuk
  • 2 ulas bawang merah-dikisar/tumbuk
  • 2 helai daun limau perut
  • 3 batang cili padi-hancurkan sedikit
  • 1 bawang besar dipotong 4
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • sedikit kicap
  • sedikit air
PENYEDIAANNYA
  1. Goreng telur dan belahkan.
  2. Tumiskan bawang yang ditumbuk, cili sehingga garing.
  3. Masukkan sos tiram, air,sos cili, cili padi dan sedikit kicap. Tunggu sehingga ia pekat.
  4. Akhir sekali masukkan telur yang sudah digoreng tadi.
  5. Masukkan bawang yang dibelah 4 tadi.
  6. Masakkan paprik tidak menggunakan garam cukup dengan rasa masin dari sos tiram.
  7. Hidangkan dengan daun sup diatasnya dan nasi panas

7 comments:

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum sue..
terliur tgk telur tu... menyelerakan sungguh

Amie said...

Assalamualaikum Sue,
memang dah muak dengan pelbagai hidangan berasaskan ayam, daging masak minyak-minyak berlemak semua tu.... sedap pula rasanya kalau beralih kepada lauk-pauk biasa... lebih menyelerakan!

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Di..Bak kat Hb, lauk ujung bulan..wa ha ha ha...

Kak Amie, yalah kan...sesekali beralih kepada sumber protein yang ringkas...selera gak nyatapnya....

Ayu said...

Assalam sue,
wah!!!! kok akak tak perasan lauk telur ni ya..hehe..thanks sudi cuba..harap kena dgn selera..sedap tak sue?..

Sue @ Nenie said...

Waalaikumsalam Kak Ayu..

Wahhhh..mabelesss..saya suke..selalu kalau telur, selain mata kerbau..asyik2 sambal...sesekali tukar selera..Bestttt..

Thanks Kak Ayu untuk resipi....

Kisyutu said...

This is what i looking for. Great I got this recipe. Will translate it in google translate.

Best Regards
Girl Infos

Unknown said...

Boleh Cuba😋