Tuesday, November 1, 2011

Talam Cendol Jagung Manis

Assalamualaikum..

Aduhai dah bersawang-sawang dah....Lama betul tuan rumah tak datang jenguk2 sini jamu tetamu...Seminggu yaaa duk ngadap nasi lemak, bertambah-tambahlah kolestrol kalau macam ni...He he he he

Aceli sejak seminggu lepas tuan rumah teramaatttttttlah sibuk ngan kerja2 kat opis dan kebetulan pula bebudak bertiga tu pula demam..So no changce lah nak berjimba-jimba depan internet..Masak pun ikut sempat dan main hentam je...

Dan kepada yang masih sudi bersinggah sini samada meninggalkan jejak atau tidak, terima kasih Sue ucapkan..InsyaAllah, ada kelapangan nanti Sue balas komen2 tu semua dan melawat rumah kengkawan pula....

Oklah..Jommmm kita layan minum petang ngan talam yang best ni....Sue ikut 100% resipi yang diberi kecuali adjust kuantiti gula untuk lapisan bawah kepada 50 gm sahaja..Sue suke kalau talam yang bahagian bawahnya lemak2..baru balance ngan manis2 buah kat bahagian atas..Apa-apa pun itu semua bergantung pada selera dan penerimaan anak tekak masing-masing lah kan....

So kat bawah ni Sue sertakan resipi yang Sue kopipes dari rumah Kak Ayu kat Singapore manakala resipi asalnya adalah dari Kak Wan yang sangat terrer dan terkenal ngan resipi kuih muih beliau....Terima Kasih kakak-kakak berdua yang sudi share dan memanjangkan resipi best ini...Hasilnya memang mabeles dan struktur kuih pun sedang2 je..tak keras dan tak lembik...

TALAM CENDOL JAGUNG MANIS

Sumber : Kak Wan @ Citarasawan atau citarasawan@MyResipi
Kopipes
:
Kak Ayu@Singapore

BAHAN-BAHAN
  • 80gm cendol
  • 100gm jagung manis dalam tin
Bahan Lapisan Bawah
  • 60gm tepung beras
  • 30gm tepung hoen kwe
  • 100gm gula halus-(Sue guna 50g)
  • 1/4 sudu teh garam
  • 300ml santan pekat KARA
  • 200ml air
Bahan Lapisan Atas
  • 30gm tepung beras
  • 10gm tepung jagung
  • 200ml santan pekat KARA
  • 100ml sirap gula melaka (1/2 ketul gula melaka dimasak dgn 50ml air)
PENYEDIAANNYA
  1. Satukan bahan lapisan bawah, tapis dan masak di dalam periuk non stick hingga mula pekat kemudian masukkan cendol dan jagung manis, kacau rata.
  2. Angkat dari api dan segera dituangkan kedalam loyang 8" yang telah disapu dengan sedikit minyak. Ratakan permukaan adunan dan kukus selama 15 minit.
  3. Satukan bahan lapisan atas, tapis dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.
  4. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit sehingga lapisan nampak kental.
  5. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum dipotong

11 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

salam sue,anak2 kak ros suka talam cendol.nak kena buat ni.

ساريده سنين said...

salam..nk try..terliur tengok..

ady said...

as-salam
ada lagi tak talam cendol..npk sedaplah talam tu..

kakwan said...

Salam sue,, anak2 dh sihat ? Macehh la try talam cendol dlm sbuk2 pn smpt gak sue buat ...

Liza said...

Sue...mai sepinggan tuk minum petang ni...hihihi

Syimama said...

salam sue.. lepas makan malam ni kalau dapat talam cendol ni sepotong dua tentu bestkan. nampaknya telan air lior je lah.

Mieza said...

bila tgk org lain buat kuih talam rasa jeles sgt sbb cantik...kalau buat sendiri selalu senget benget..sedap nampak kuih talam cendol sue ni :)

Juwita Jamaludin said...

bila nampak menu2 cendol ni semangat nak buat cendol.. tapi bila kenangkan malas .. huhuhhu.. terus lupa.. sedapnya makan untuk sue je la

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Ros...Haaa ada masa nanti bolehlah cuba ni..Resipi dari Kak Wan memang tidak mengecewakan...

Ady...Cubalah...Memang sedap..

Kak Wan...Alhamdulillah..Ketiga-tiga dragon ball tu dah sihat, cuma tinggal selsema siket2 je lah...Demam dan batuk dah kebah

Sue @ Nenie said...

Kak Idaman...Akak cubalah, mana tau kan kena ngan selera...

Kak Liza...Sepinggan tak leh..sepiring boleh...? he he he he..

Kak Syimma...Iyalah, sesambil tengok tv...leka gak kunyah ni...

Sue @ Nenie said...

Kak Mieza...Sue pun kadang kala terlembut juga terutama bahadian atas..Tapi resipi Kak Wan ni memang sedang elok je bila sejuk...

Kak Ita...Betul Kak Ita, saya paling malas nak buat talam pasal kena buat seloyang..susah nak abiskan melainkan kena bersedekah kat jiran/kawan2