Tuesday, January 31, 2012

Bahulu Kismis/Kukus

Assalamualaikum dan salam sejahtera...Alhamdulillah segala rahmat yang dikurnia olehNya dipagi hari...Hujan rahmat yang membasahi bumi....Sedari seawal pagi sehingga menjelangnya fajar....

Dalam suasana sejuk-sejuk begini kalau pekena kopi panas membasah tekak sebelum memula hari sungguh terasa nikmat...Apatah lagi kalau bertemankan beberapa ketul kuih buat pengalas perut....Alhamdulillah dengan rezeki yang dikurnia olehNya....

Bercerita pasal kuih ni, last week masa Sue berjimba-jimba kat Fb tetiba terpikat ngan resipi ni, dari status kak Zaitong..Nampak menarik dan ringkas bahan-bahan serta penyediaannya...Dan dan tu juga terdetik nak mencubanya, jadi Sue pun terus kopipes untuk simpanan...

Tak sampai 2~3 hari kemudian teringin nak mencubanya....Tapi biasalah selalu jeee akan berlaku sedikit olahan, tapi kali ni secara tidak sengaja.....

Pertama masa nak mix telur + gula, Sue dah kurangkan kuantiti telur dari 5 biji kepada 4 biji..Biasalah, orang kedekut kannnnnn, lagi pun sebab Sue guna telur saiz A so terfikir 4 biji cukup kottttttt dan gula macam biasa Sue kurangkan..Resipi asal 1 cawan, tapi Sue buh 3/4 cwn jeeee, sebab kat rumah ni kalau kuih manis2 sangat sambutan dia kurang memberangsangkan...Jadinya bila adunan telur+gula+ovallette Sue dah kembang dan bertukar keputihan, langkah seterusnya nak masukkan tepung dan santan...

Disebabkan rasa kurang yakin untuk memasukkan tepung tanpa sebarang bahan penaik dan untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini, Sue pun memandai-mandai tambah ½ sk soda bikarbonate ke dalam tepung....Ala tak kisahlah kannnnnn, untuk makan sendiri..agak-agak kalau ada exam ni awal-awal lagilah ada yang fail pasal "ngelat"...ha ha ha ha ha ha...

Dah masukkan 1 cawan tepung, adunan Sue sedikit pekat, tapi setelah kacau sebati dan masukkan santan, adunan kembali ok, cuma untuk masukkan baki 1 cawan lagi tepung tu terbit rasa tak confiden ngan kepekatan adunan yang ada jadi Sue tambah dulu ½ cwn tepung dan adun dulu...Tengok2 adunan macam ok dan tak perlu lagi tambah tepung...

Setelah perapan 20 min dan nak masukkan ke dalam paper-cup, terasa was was pula nak masukkan kismis pasal rasa tak pasti samada adunan Sue nanti terlebih manis ke pasal masa mula2 buat tadi Sue budget kuantiti gulanya untuk 2 cawan tepung tapi dah terkurang ½ cawan tepung jadi Sue ambil keputusan untuk skip kismis dan untuk tak nak kasi kaler dia nampak terlalu plain, Sue pun bahagi kepada 4 bahagian, 2 bahagian plain, 1 bah. ngan pewarna coklat dan satu bahagian lagi ngan sirap ros dan konon2nya nak tambahlah pewarna merah siket kasi ceria, Laaaaaaaaa....expired pula pewarnanya..So adunan merah tu kalernya agak pucat tak berserilah....Nak tambah sirap ros lagi, takut nanti jejas rasa pula..Alaaaa biarlah, nak makan sendiri juga kan kan kan kan....(Ayat penyedap rasa)

Dah siap kukus tu, dah bila dah rasa...Alhamdulillah....Still Ok dan tak manis sangat, jadinya len kali masih boleh guna sukatan yang Sue dapat ni dan still boleh tambah kismis...

Dan pasal sukatan tepung tu, may be sebab saiz cawan penyukat yang Sue gunakan...atau sebab terkurang 1 biji telur..Ha ha ha ha ha ha ..Balasan orang kedekut....Tapi OK juga buat 1½ cwn tepung ni pasal kuih yang Sue dapat pun agak banyak, lebih kurang 28 biji kesemuanya..Lebih dari cukup untuk kami sekeluarga.....

BAHULU KISMIS/KUKUS
Sumber : Zaitong Syed Ahmed@FB
Olahan : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 4 biji telur (gred A)
  • 1½ cwn tepung superfine ~Sue guna tepung gandum biasa jeee
  • ½ sk soda bikarbonate ~Ni Sue tambah sendiri
  • 1 sb ovelette
  • 60 ml pati santan ~Sue guna instant santan kotak
  • 3/4 cwn cula kastor
  • kismis secukupnya ~Sue tak letak
PENYEDIAANNYA
  1. Pukul telur, gula dan ovellette sehingga kembang dan keputihan.
  2. Masukkan santan dan tepung superfine gandum.Pukul rata.
  3. Simpan selama 20 min.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan salah satunya letakkan pewarna kesukaan/pilihan.
  4. Masukkan adunan ke dalam 2 piping beg yang berlainan dan pipekan ke dalam acuan/paper cup.Boleh masukkan kismis jika suka.
  5. Kukus kuih selama lebih kurang 15-20 min. menggunakan api yang besar..


14 comments:

rahel said...

Sue,cantek bahulu kukus tu..nampak gebu..macam nak try je seketul..

Anonymous said...

salam...1st time tgk acuan tuh..
mule2 td ingatkan bahulu biasa rupanya..mcm apam jugak la yerr. dulu2 rajin gak buat bauhulu lapik kertas mcm nih..tp dulu2 buat tak letak dlm acuan..terus buat bentuk kon..cucuk kat dlm lubang pengukus..:)

Wanieyra said...

salam sue..

Bila tgk bekas tu, baru ira tahu kegunaannya. sebelum ni ira selalu tgk bekas ni kat kedai tp tak tahu apa kegunaannya. Kalau dah tahu kegunaannya, dah lama ira beli. Bekas ni hanya guna utk buat apam ni je ke?

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Rahel...Tak pe, hari ni saya bermurah hati siket, saya tambah lagi 1 ketul, jadi 2 ketul buat minum petang..

Kak Cik..Rupa dia lebih kurang apam tapi still rasa macam makan bahulu cuma versi kukus ni lebih lembut berbanding versi bakar...

Ohhh..main cucuk je ya kat lubang kukusan, tapi konnya mesti kena buat elok2 kan tak nak kasi ia terbuka...

Ira, masa mula2 beli acuan ni dulu tak terfikir pun untuk kukus apam macam ni, yang terfikir time tu just untuk support paper cup lagi satu sebab ia murah, 10sen satu... sehinggalah Sue tgk satu resipi apam versi Indon yang guna kertas macam ni, terus datang idea guna acuan ni untuk bentukkannya...

Liza said...

salam sue....cantik n nmpk gebu jer apam tu...mst sedap kan kan kan...hihihihi

Wanieyra said...

ye ke....

nanti ira nak beli jugalah. ira ni mmg gatal tangan je nak beli tp buatnya entah bila

Qasey Honey said...

amboiii...gebunya bahulu dia...nmpk mcm apam ye jugak...bleh dicuba nti ni....

dZana said...

aslmkum sue.. bderet2 menu sue.. minum ptg ada baulu camni .. bestnya..

nOOrsha said...

salam..nmpak gebusss sungguh bahulu kukus ni..acuan tu pun comel sangat! suke tgk.. :)

Ayu said...

Assalam sue,
wau baulu kukus ni selalunya akak tengok kat blog2 chinese food blogger,
dia orang guna kertas macam sue buat nilah..memnag nampak lembut & gebu aje baulunya..so far akak belum pernah cuba, boleh masuk list lah..

Mamasya said...

Aslmkum Sue.pertama kali tengok acuan plastik gitu. sesuai utk buat kuih kukus yg tinggi gini. baulu tu nampak lembut ...sesuai buat minum ptg.

quinnie said...

sue..kuih ni tak melekat ye kat kertas tu bila dah sejuk? nampak sedap bahulunya..kita suka makan bahulu..:)

izahdaut said...

assalamualaikum sue..
wii nampak gebu je. tak berani lagi nak buat bahulu kukus2 ni. risau bantat la. tak reti nak ngejas api slalu nya. tapi nampak tu sedap je. kalau bebetul dapat yang bahulu lembut mcm cipon tu alangkah bahagianya mengunyah hehe....tu la kalering ni mmg nak kena waspada kan. kengkadang dah expired..

Anonymous said...

Boleh tak ganti santan tu dgn susu cair?