Tuesday, February 21, 2012

Donut Sosej

Assalamualaikuk dan selamat petang...

Lama betul para tetamu duk ngadap pulut kuning tu yaaaaa.....Sorry tuan rumah agak bz siket 2~3 hari ni..Tak sempat pula nak berjimba-jimba kat depan komp. cilok2 curi tulang jap....Dan kepada yang masih sudi bersinggah sini, terima kasih...InsyaAllah ada sedikit kelapangan nanti Sue BW macam biasa....

Nampak gayanya demam mendonut masih belum kebah-kebah lagi ni...Almaklumlah...orang tengah excited....Aceli buat ni pun secara kebetulan jeeee...Last 2 week, kindergarten Sara adakan jamuan untuk CNY, jadi semua murid diminta membawa sedikit makanan untuk sama-sama memeriahkan majlis...

Asalnya Sue nak buat apam polkadot versi ladybird..Rasanya macam sesuailah untuk diorang...Tapi bila memikirkan kukusan kat rumah ni amattttt lah ciput saiznya...Penat juga tu nak kukus berkali-kali dan nak jaga air lagi..Terus terbantut.(He he he seperti biasa. alasan orang malas...macam-macam lah kan....)

Jadi fikir punya fikir tetiba masa duk ronda-ronda kat dalam econsave, ternampak sosej dan terfikir nak buat roti sosej ni....Dan tak taulah macamana boleh terlintas pula nak gunakan doh donut ni sebagai rotinya....Pasal masa buat itu hari pun, struktur yang Sue dapat macam ala-ala roti..Tu yang tetiba dapat idea..Sementelah lagi pernah cuba resipi ni jadi adalah sedikit kayakinan...

So malam sebelumnya, bermulalah project yang tak seberapa ni...Sue gandakan 2 adunan tapi kat bawah ni still tulis kuantiti seadunan pasal masih dibelengku sifat malas nak edit lagi kecuali part membentuk roti ni...

Sebenarnya untuk beberapa ketul pertama, Sue main pintal2 then lilit kat sosej tu, tapi rasa macam leceh dan lambat plak..Sebab tu Sue canai nipis dan potong panjang-panjang..then lilit...Senang kerja mak cikkkkkkk.....

DONUT TAUFU LEMBUT@SOSEJ
Sumber : Kak Ros@JintanManis.com

BAHAN-BAHAN
  • 300 gm tepung gandum
  • 125 gm taufu lembut
  • 1 ½ sb susu tepung/skim milk
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit menggunakan garpu)
  • 160ml susu suam@air suam ~ Sue guna 100ml shj
  • 40 gm shortening
  • 4 sudu besar gula ~Sue kurangkan supaya sesuai ngan inti sosejnya nanti
  • 6 gm yis
  • 100 gm tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boeh)
  • ½ sk garam
  • 1 sk baking powder
  • 10 batang sosej (dipotong 2 dan belah 2 lagi) ~Direbus dan toskan...
  • Bread crump secukupnya untuk menyalut
PENYEDIAANNYA

Penyediaan Doh

  1. Kaedah 1, Penggunaan Bread Maker (BM) --> Masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah seterusnya.
  2. Kaedah 2, Jika uli tangan -->
  • Di mangkuk kecil, masukkan 50ml air suam dan 1 sb gula.Kacau sehingga gula larut dan masukkan yis.Biarkan lebih kurang 5~10 min atau sehingga larutan tadi berbuih.
  • Masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan.
****Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  1. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda.
  2. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin rehatkan selama 6 hingga 8 minit,
  3. Letakkan Doh di atas papan canai dan gelek sehingga agak nipis.Potong panjang-panjang.
  4. Ambil sosej yang siap dipotong dan lilitkan doh tadi pada sosej...Buat sehingga habis dan susun sosej di dalam dulang pembakar.Rehatkan 5~6 minit.
  5. Di dalam plastik yang bersih, masukkan bread crump, kemudian masukkan beberapa ketul roti sosej.Kembungkan plastik dan goncangkan sehingga bread crump menyaluti keseluruhan roti sosej..Keluarkan dan ulang proses tadi sehingga habis.
  6. Goreng sehingga keemasan, gunakan api sederhana, angkat dan toskan.

19 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Sue sedap untuk breakfast ni.

EmbunRosaliza said...

Assalam nenie, mesti anak2 suka kalo donut sosej mcm ni, best ni buat bf atau minum ptg ni

rahel said...

Sue,Rahel pun suka klu roti sosej cam ni,tapi jarang buat sendiri,kadang beli jer.

Unknown said...

Assalamualaikum Nanie

Apa Khabar? Sedapnya Tgk Roti Bersimpul2 Tu...Buat Minum2 Petang Mmg Sedap...


*Maaflah Kak Lin Lama X Berkunjung Kesini...Sibuk Pindah Randah....

Unknown said...

Sue...bestnyer mkn untuk santapan petang ni... (mendung nk ujan nih) lg la lapooooo...bak sepinggan besoo sinikkk....

dZana said...

berpintal2 donat dgn sosej.. anak2 akk suke donat camni.. ibunya jer yg malas nk buat..

anymz said...

ya lah sue kalau dpt buat utk beffes esok mmg terbaik sgtlah ni..pulut kuning kat bawah tu pun dah buat akak terliur..hehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam ninie..bagus gak idea ni,leh cuba gak.Mintak izin copy resepi ya..TQ

ijayuji said...

Salam kak sue! salam berkunjung malam2 :D akak sihat? kita kan baru buat water roux, mmg sejak2 BM merajuk seronok pulak nguli guna tgn :D

Asmara said...

suka donut sosej!

ijan said...

Bagus juga idea ni. Saya belum pernah try donat bersosej camni.Menarik juga.:)

Totie@Tomy said...

saya selalu buat donat jerk..nanti nak try donat sosej lah pulak..

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Ros..betul tu..dapat makan suam-suam ngan sos cili...besttttt...

Kak Rosaliza...Betul tu..mana-mana pus sesuai utk bekpes/m.ptg

Kak Rahel..saya pun kebetulan je tu..itu pun sebab ada CNY Party kat sek Sara...nak buat kek, rasanya macam ramai yang dah bawa kotttt

Sue @ Nenie said...

Kak Lin..Saya Alhamdulillah sihat..
Its OK..tiada paksaan utk kita semua BW mana-mana blog..Sebab kita masing2 kan ada komitment juga di luar sana...jika ada kelapangan, adalah..jika bz...faham2 jelah yaaaa....Sue sendiri pun kadang2 xsempat nak BW kesemua kawan2 dalam masa satu hari...Balas komen pun ikut sempat..Tapi apa pun situasi kita semua..sifat saling hormat menghormati dan faham-memahami antara satu sama lain adalah yang paling penting..kan kan kan...

Kak Mimie...betul tu..dalam cuaca hujan, dapat apa2 kudapan pun best kan...pastu gandingkan kuih ni ngan minuman panas kegemaran...

Kak Zana..he he he saya pun kebetulan juga ni...kadang2 klu angin malas dia datang pun tak jalan gak projectnya...

Sue @ Nenie said...

Kak Anim..apa lagi, ada masa nanti bolehlah cuba buat..Resipi2 doh dari Kak Ros@JintanManis jarang mengecewakan...

Kak Azatie...tak pe..sama2 kita panjang dan share resipi..Terima Kasih juga buat Kak Ros@JintanManis sebab share resipi ni..

Ika...Akak Sihat..Akak pun baru jeee buat water roux dan sedang demam meroti pula sementelah sejak kemunculan Ika ni ada post roti yang menarik..Kak Sue dah pun kopipes 2 dari resipi2 yang dipaparkan dan dalam usaha utk merealisasikannya...

Sue @ Nenie said...

Kak As..Tapi sana susah kan nak dapat sosej yang halal...

Ijan..kebetulan doh donutnya ala-ala roti, (may be sebab guna tpg h/protein) jadi sesuai jugalah intikan sosej kat tgh2 nya...

Totie..sesekali ubah kelainan kan...cubalah..InstaAllah suka nanti ngan hasilnya...

Chik Mimi said...

sue best ni boleh 2 in 1 gitu kan

quinnie said...

wahhh sue..berkenan kita tengok donut ada sosej kat dlm nih...tak le boring je rasa dia..hehehehe..wahhh nak cuba lah..:)

Wani Sukarno said...

salam sue> x pernah lagi wat donut tofu neh .. baru je try wat donut kentang ... dah lama tol tak main dengan yis ni rasa kekok pulak hihi