Saturday, May 5, 2012

Buoh Bung/Paung goreng

Assalamualaikum...Lama bebenor yaaa tuan rumah taj datang jenguk-jenguk sini...Tapi nampak gayanya tak berapa lama lagi, lagiiiii lama rumah ni tak diintai-intai tuan rumah...

Apa-apa pun Sue nak ucap terima kasih sekali lagi kepada yang masih sudi bersinggah sini samada secara langsung atau tidak langsung juga kepada yang meninggalkan jejak tu..Sue ada baca tapi belum kesempatan untuk balas komen juga balas kunjungan..InsyaAllah ada masa mengizinkan Sue akan BW seperti biasa...Tak lupa juga kepada silent reader atau kepada sesiapa sajalah yang sudi jenguk-jenguk kat sini ..He he he he terasa macam bagi ucapan kat atas stage plak.....


Oklah....Kita layan dululah kuih tradisi Terengganu ni...Dah lama benar rasanya tak makan kuih ni...Nak buat tu bukanlah susah sangat tapi sebab hubby kurang gemar kuih-luih yang berasaskan ikan ni, tu yang kurang bersemangat siket tuuuu...Lagi satu, sesuai ngan nama dia .....Bila goreng, habis berkecah dapurrrrr ngan serangan motar dan ledakan-ledakan yang tak diingini....Lagiiiiiii lah fikir 10~20 kali nak goreng dia....Nak tambah tepung gandum lebih siket, dah hilang plak keaslian rasa ala-ala air tangan bonda...

Jadi kepada sesiapa yang biasa buat kuih ni dan ada petua untuk menghentikan serangan-serangan serta ledakan bommmmm tu, bolehlah kita kongsi bersama yaaaa.....

PAUNG GORENG/BUOH BUNG
Resipi Bonda :Sue@Nenie

 
BAHAN-BAHAN
  • 2 cwn tepung pulut
  • 4 sb tepung gandum
  • secubit garam
  •  air secukupnya
 PENYEDIAANNYA
  1. Masukkan kesemua bahan kecuali air ke dalam mangkuk pengadun.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit ke dalam mangkuk berisi tepung sambil  digaul rata sehingga membentuk doh lembut.
  3. Masukkan inti sambal ikan dan bentukkan bulat-bulat.
  4. Goreng sehingga kekuningan dan sedia dihidang...

 
UNTUK SAMBAL IKAN

BAHAN-BAHAN
  • 4 ekor ikan sardin
  • 1 keping asam keping/gelugor
  •  250 ml santan (125 ml santan pekat + 125 ml air
  • 4 labu bawang merah (mayang)
  • sedikit halba
  • sehiris halia
  • Garam secukupnya
 PENYEDIAANNYA 
  1. Ikan sardin dibersihkan dan direbuas bersama asam gelugur dan sedikit garam sehingga masak.
  2. Toskan airnya...Ambil isi ikan dan hancurkan.
  3. Di dalam kuali, masukkan kesemua bahan dan masak sehingga santan agak kering.
  4. Perlahankan api dan kacau sambal ikan tersebut sehingga kering seakan-akan serunding.
  5. Sedia digunakan... 
 

8 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam sue ,dah lama kak ros simpan resepi ni tapi tak pernah buat dan tak pernah makan.Sue cakap pasal letupannya lagi kecut perut kak ros nak membuatnya.

Amie said...

Terima kasih Sue kongsi resepi ini, first time Kak Amie dengar nama ni... ingatkan tadi betul2 buah he he hehh

mama sara nur said...

assalam Sue
firstime akak dgr namanya ni
kuih tradisi Trengganu ye, mana tau nanti sampai sana boleh cuba makan he he

nOOrsha said...

salam..x pernah makan lagi paung goreng ni..nampak sedap siap ngan inti lagi tu....blhla cube nanti senang2 :)

Chik Mimi said...

sedapppnya sue lama akak tak makan dulu kalau kat dungun selalu ada

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Ros..dah lama juga saya simpan kuih ni...sib baik takde jual kat sini..klu tak saya beli jeee

Kak Amie..sama-sama

Mama Sara..kuih ni memang pemes kat Trg...

Sue @ Nenie said...

Noorsha..yaa kuih ni hanya boleh jumpa kat Trg dan jarang2 org luar yang kenal kuih ni

Kak Mimi..betul tu..kuih ni memang banyak dijual kat pasar Dungun

Outbound di malang said...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...