Sunday, April 29, 2012

French Crullers

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama simpan resipi ni tapi baru sampai seru nak buatnya...Kalau resipi asal dia buat bentuk ala-ala donut tapi Sue buat versi paip terus dalam minyak panas..


Bila siap terasa macam kuih belimbing lah plak yang pemes emes kat pasar Dungun tu cuma nama panggilan je yang berbeza.Dan satu lagi tips yang Sue dapat dari Kak Nor semasa buat kuih belimbing tidak lama dulu telah Sue aplikasikan kat sini dan hasilnya amat memuaskan hati.Tips apa...? Masa masukkan telur tu, Sue guna elektrik mixer untuk adunkan doh tersebut.Jadi ia sedikit sebanyak membantu menjadikan kuih ini gebussssss.......

FRENCH CRULLERS
Resipi : Lydia/SkyBlue@MyResipi

BAHAN-BAHAN
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan shortening
  • 1 cawan air
  • 1 cawan tepung gandum yg telah diayak (115gm)
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla esen
  • Minyak untuk mengoreng
  • Frosting: gula, chocolate, cinnamon... ikut citarasa
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan air dalam periuk kecil, masukkan gula, garam dan shortening.
  2. Bila air dah masak, masukkan tepung dan kacau sehingga tepung dah masak dan jadi doh.
  3. Angkat periuk dari dapur, kalau terlalu panas biar sejuk untuk 5 minit.
  4. Masukkan telur dan kacau cepat-cepat sehingga sebati.(Pastikan tepung tidak panas semasa memasukkan telur, utk mengelakkan telur jadi masak dan akibatnya kuih tidak akan mengembang)
  5. Masukkan doh ke dalam piping bag.
  6. Guna tube bintang (nozzle), pipe kan doh (buat bentuk bulat/donut) ke atas potato masher yang dilapis dengan aluminium foil.
  7. Panaskan minyak. Masukkan donut ke dalam minyak dengan potato masher sekali. Goyangkan potato masher, donut akan terapung dan goreng sampai perang. 
  8. Bubuh icing atau chocolate megikut rasa. Dihidangkan panas-panas. 
 

10 comments:

Amie said...

Hooo..ooo langkah kanan ni Sue, sedap buat kudap-kudapan depan tv, tapau sebalang boleh Sue....:)

Nuwairani said...

haaaa....kalau kuih belimbing goreng tu kite tahu! kat pasar wakaf che yeh pon ada jual ni. sedappppp!

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Sue,dah beberapa hari kak ros berangan nak buat chinese crullers(chakuey).Nampak sue buat yang french punya pun nampak sedap ya.

ijayuji said...

Salam kak sue! hihihi.. kalau gitu kuih belimbing negara kita lah yg glamer kan kan kan :D glamer sampai kat french lagi tuuu ehehehe... kita kuih belimbing pun tak pernah makan, inikan pulak yg cruller2 nii lagi jakun :D

Mieza said...

Sue...alahai mcm besh jer kuih ni..tak lagi mencubanya..tak makan pun..ekceli tak pernah jumpa kuih...Terima kasih sue sudi kongsi resepi dan gamabr ni..boleh la tambah ilmu pengetahuan ttg dunia masakan perancis nih :)

KakAsma said...

sue,
akak pernah nampak chef ismail buat nie kat rancangan tv,kuih nie lebihkurang cam creamfuff kan cuma berbeza cara nak makan..n nak buat..cf kena bakar,nie kena goreng..
cam sedap ler..
amek ajer resipi dulu..buar nyer tunggu giliran hihihii

Mamasya said...

Salam Sue,sekali tengok ingatkan kuih belimbing rupa2nya kuih omputih.mudah jugak bahannya....boleh masuk senarai akan dicuba...

Sue @ Nenie said...

Salam...

Kak Amie, klu dapat makn time suam2 lagi sedapppp ni

Wani..ha ha ha yang sue dapat hasilnya memang sebijik cam kuih belimbing..

Kak Ros...he he he, saya pun selalu gak simpan2 resipi..byk sgt Q kan...

Sue @ Nenie said...

Ika, pelanduk dua serupa cuma nama je lain-lain

Kak Mieza, terima ksih juga buat penyumbang resipinya

Kak Asma..betul tu...struktur dan cara buat dia ada sedikit persamaan ngan cream puff cuma ia digoreng

Sue @ Nenie said...

Mamasya...betul...hasilnya seakan2 kuih belimbing