Wednesday, November 28, 2012

Ikan Panggang Air Asam

Agak-agak tak punya masa yang lama untuk berada di dapur, bolehlah cuba resipi ringkas ni..Kalau ada pemanggang ajaib tu lagi senang keje...Just tenggekkan je kat atas stove dengan api perlahan dan hanya pusingkan pemanggan itew tanpa membalikkan ikan secara manual supaya kedua-dua bahagian masak sekata...Agak mudah....

Kalau takde pemanggang ajaib itew pun takpe, balut ikan dengan daun pisang diikuti dengan aluminium foil dan masukkan ke dalam kuali dan pangganlah sehingga masak..Ni cara bagi yang tak ada ovenlah..

IKAN PANGGANG AIR ASAM

BAHAN-BAHAN

Ikan Panggang
  • 2 ekor ikan kembung
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit Serbuk perasa
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak masak.. (Supaya ikan tidak terlalu kering)
Air Asam
  • 1 sb asam jawa
  • ½ cwn air masak
  • sebiji bawang (mayang)
  • 5 tangkai cili padi (potong)
  • Sedikit Garam dan gula
 

PENYEDIAANNYA

  1. Ikan Panggang :- Gaul ikan dengan kesemua bahan dan masukkan ke dalam pemanggang.Renjis sedikit minyak masak.Panggang sehingga masak pada kedua-dua bahagian.
  2. Air Asam :-   Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk.Kacau sebati.Ketepikan sehingga mahu digunakan...
  3. Penyediaannya :- Letakkan ikan di dalam pinggan hidang beserta air asam dan sedia dinikmati bersama nasi putih...
 

4 comments:

Qasey Honey said...

slm...
lama QH xsinggah ke sni...
sedapnya tgk ikn panggang..antara menu fav QH ni..rasa mcm nk buat jugak la nti..tp QH xde pmanggang ajaib tu..hukhuk..pinjam bleh..hihi

Sue @ Nenie said...

Salam Kak...Bolehhhhh...Errkkk kira sewa boleh..? ha ha ha ha jgn mareeee....Saya pun suka ikan panggang...lama betul tak buat sendiri

mama sara nur @ Cik Nor said...

ada air asam tu yg buat melelh air liur akak ni ...sedappp
tp kan akak xda geng nk makan gitu en suami x berapa suker huhuu

Sue @ Nenie said...

Samalah kita..Sue pun takde geng bila berlaukkan ikan..sebelum ni memang malas nak panggang sebab leceh guna oven.tapi sejak ada MagicPan(ala-ala promote)ni...sekor ikan pun dah rajin nak panggang... ^__^