Friday, December 14, 2012

Ayam Masak Sos

Assalamualaikum dan salam sejahtera..Masakan simple2 yang semua orang pun tahu buat..he he he he tapi gatal gak nak menayangnya...

AYAM MASAK SOS


BAHAN-BAHAN
  •  ½ ekor ayam (potong sederhana~kecil)
  • sedikit serbuk kunyit+garam ~untuk perapan ayam
  • *3 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *sedikit halia
  • *sebatang serai~dipotong membulat (kesemua bahan * diblend halus)
  • ½ biji tomato (potong baji)
  • 1 sb cili boh (boleh tambah jika suka pedas)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • ssedikit minyak bijan (optional)
  • 5 sb sos cili
  • 2 sb sos tomato ~jika suka
  • 2 sb madu
  • Garam secukupnya
  • 1 labu bawang besar (potong membulat)
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga separuh masak.Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak cukup utk menumis.Masukkan  beberapa titis minyak bijan dan tumis bahan blend bersama cili boh, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, tomato, sos cili dan sos tomato.Gaul sebati dan biarkan 2~3 minit.Tambah air secukupnya jika mahu sedikit berkuah.
  4. Apabila sudah mendidih dan ayam masak sepenuhnya, perasakan dengan garam dan masukkan sedikit madu untuk membangkitkan rasa.Masukkan juga bawang yang dipotong membulat.
  5. Kacau sebati dan apabila bawang sedikit layu, tutup api dan sedia dihidang.

6 comments:

mama sara nur said...

assalam
Sue...terima kasih doakan ye
sedap ayam Sue ni

Sue @ Nenie said...

Salam...Kak Sara..sama-sama...

hazila said...

Sue,
Selalunya yang simple simple ni yang sedap. Tambahan kalau ada yg tolong masakkan...

Gee® said...

Ermmm...kalau di rumah k.gee menu ayam mmg fav anak2 terutama yg bergoreng... kalau yg macam ni lagilah lajunya...

Amie said...

Sama lauk kita aari ni Sue... ayammmm!

Anonymous said...

sodappp nie..