Wednesday, January 9, 2013

Ma Po Tauhu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pertama kali jatuh cinta ngan Ma Po Tauhu ni masa dinner kat MohdChan Restaurant..Masa nak order tu, tengok kat gambar dia macam besttttt je..So orderlah satu set...Bila sampai, hati mula bersungut-sungut ala-ala orang kedekut..Mana taknya satu set RM15.90 untuk sekeping tauhu jepun yang harga pasarannya lebih kurang RM0.90 jeeee....Tapi bila sekali rasa....emmmmmm....susah nak lupa..Memang sedap gilerrrrrr...

So bila ada masa terluang je, terus search resipinya kat Tenet..Terjumpa satu resipi ni kat blog Wendy..Table for 2..Dah siap CnP tapi tak sempat nak print-out...Then bila ada masa nak buat, tak sempat plak nak bukak pc utk print..Disebabkan xde idea nak masak apa, tangan pun gatal-gatallah belek buku koleksi Tauhu Keluaran Karangkraf..tup-tup terjumpa resipi ni...So apa lagi..Teruslah bereksperiman dan Sue olah sedikit berdasarkan bayangan rasa dari MohdChan tu...Walau masih tak boleh nak menyamai kesedapan sebagaimana di MohdChan Restaurant, tapi alhamdulillah....Masih lagi menepati piawaian anak tekak ni....

Then hati berbisik..Satu hari nanti nak juga try resipi yang diCnP dari Wendy pula

MA PO TAUHU
Sumber : Resipi Tauhu Koleksi Terbaik Keluaran Karangkraf...
Olahan : Sue@Nenie

BAHAN-BAHAN
  • 1 buku tauhu lembut/jepun
  • *2 cm halia
  • *2 ulas bawang putih (*dikisar~Sue parut)
  • 1/2 sb cili boh
  • 50 gm ayam cincang
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 sb sos tiram
  • 2 sb sos cili
  • Sedikit minyak bijan
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Garam secukup rasa
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak dan tumiskan cili, bawang dan halia sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata sehingga masak
  3. Masukkan kicap pekat, sos tiram, sos cili, serbuk lada sulah dan sedikit air.Perasakan dengan garam secukupnya.
  4. Akhirnya masukkan tauhu dan renih beberapa minit.
  5. Sedia dihidang.

9 comments:

KakAsma said...

selalu nampak tahu lembut nie..tapi tak au nak dimasak camner..ada idea bagus gak nie..lepas nie boleh laa dicuba kan Sue...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Asma..Sebelum ni klu tauhu lembut mesti masak stim jee..Sehinggalah pegi dinner kat MohdChan tu...Terus jatuh cinta ngan resipi ni...

Ayu said...

assalam sue,
first time, akak tengok menu macam ni..jakun betul ler..hehe
nampak pun sedap..boleh cuba one fine day ni..sebab normally tauhu jepun aka tahu lembik normally masak sop aje atau di goreng dgn sayur aje..yg ni ada daging ya..

Qasey Honey said...

pestime tgk masakan cmni...lain dr lain...nmpk cm sedap sgt tu Sue...insyaAllah bleh dcuba nti..

zila norazila said...

sama lah akk pun pestime nie..mcm nk try jgk la sue..tq share yer:)

Mamasya said...

Aslmkum Sue
pertama kali dengar masakan ni...tp kalau tauhu lembut mmg favorit akk

Lesung Batu said...

salam Sue..mmg suka mkn tofu tp x penah try msk camni..resepi yg menarik! nanti nk cubalah.. :)

Sue @ Nenie said...

Salam..

Kak Ayu..sama, sebelum ni saya tau kukus/stim jeee sebab ia lembuttttt sangat. tak tau nak masak apa...

Kak QH...Ada masa nanti boleh cuba...sesekali mencari kelainan kan cara penyediaan tauhu lembut

Kak Zila..Selamat bereksperimen bila ada masa.... ^___^

Sue @ Nenie said...

Mamasya...Samalah saya..silap2 haribulan, saya ratah macam tu jeeee

kak Lieya...Akak cubalah..mana tau kena selera...