Friday, April 5, 2013

Vantage Caramel Cake

Assalamualaikum...Salam sejahtera..

Lama sangat yaaa pengunjung2 sini duk jamu mata ngan Cream Pudding dan bread horn tu yaaaaa....

Emmm semenjak pc rosak dah masuk 3 minggu ni banyak niat2 untuk memunculkan diri secara online terbantut...Almaklumlah, klu guna pc opis mana boleh berjimba-jimba sesedap rasa..Kena tengok line dulu dan tahap kebizian tanggungjawab yang di amanahkan bosss....Klu freee boleh cilok2 sekejap..Tapi klu ada keje..ehemmmmm faham2 jelah..Sebab tu banyak komen yang tak terjawab..Ada baca tapi tak sempat nak balas sebab tak sempat nak log-in...just open jeeee....

Oklah..Kali ni jommm kita jamu ngan suku sakat karamel lagiiii..Tapi kali ni versi kek plak...rasanya memang dah ramai sangat dahhhhh buat kek ni...Pendek kata setiap blogger masakan mesti ada mengabadikan resipi kek ni yang pelbagai versi sebagai kenang-kengangan atau rujukan rakan2 tersayang.... ^___^

KEK KARAMEL BALDU
Sumber : Resipi2011 @ MyR

BAHAN-BAHAN

Bahan karemel
  • 3 camb gula pasir + 2 camb air. ~ Sue skip air
***buat gula hangus - dan masukkan terus ke dalam loyang yg telah disapu mentega kelilingnya

Bahan Puding
  • 1 cawan susu cair
  • 60g gula kastor
  • 1/2 camt esen vanila
  • 3 biji kuning telur
***Kacau rata semua bahan puding dan tapiskan ke dalam loyang karemel

LAPISAN KEK
Bahan A
  • 140g tepung gandum + 1 camt baking powder (ayak bersama)
  • 60g gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 135ml air
  • 50ml minyak jagung
Bahan-B
  • 6 biji putih telur *jgn ada sedikitpun yg kuning
  • 60g gula kastor
  • 1 camt krim of tar-tar 
PENYEDIAANNYA
  1. Putar bahan-A kecuali tepung hingga kembang.
  2. Masukkan tepung+ baking powder sedikit2 ke dalam adunan dan kacau rata.
  3. Putar bahan-B hingga kental dan gebu - jika di angkat tak jatuh.
  4. Satukan B ke dalam adunan A kacau rata saja (kaup balik)
  5. Bahagikan beberapa warna disukai
  6. Tuang ke dalam loyang berisi puding perlahan berselang-seli warna ikut suka.
  7. Bakar kaedah bain marie suhu oven 160'C * (45 minit bakar api bawah sahaja & 15 minit api atas bawah)
  8. Bila sejuk kek akan mengecut sendiri terbalikkan.bolehlah dihidangkan untuk keluarga..Jika nak lebih sedap lagi simpan sekejap dalam peti ais...emmm
* Jika guna pes pandan - 1 bahagian pes dan 1 lagi biar kosong. -Jadi kek karemel pandan
* Begitu juga jika guna pes strawbery- jadi kek karemel strawbery, emulco coklat - jadi kek karemel coklat dll ...Selamat mencuba 


Boleh didapati di sini
Berminat....Boleh hubungi sue di ---> sue_nenie@yahoo.com

16 comments:

Sweet red cherry said...

wow, cantik ja kejadian kek ni..

rahel said...

Sedapnya kek karamel...kalau makan time sejuk2 memang wallaaaa...

ady said...

AS-SALAM
this cake really fabulous..

Sue @ Nenie said...

Wana..Thanks..Sue guna cake mould seperti dalam gambar..

Kak Rahel..Betul tu...Dapat makan time baru keluar freeze memang bestttt...sejukkkkk je karamelnya

Ady..Sokong...Kelembutan kek+karamel yang creamy...best.....

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam sue
kek karemel sedapnya, akak ni selalu buat utk org tp sendiri tak he hee
lawa lah sue bekasnya lain dari yg biasa

yan's cottage said...

cantik....guna acuan macam tu kan...?

MamaFaMi said...

Di kala kemalasan melanda jiwa dan raga, kek-kek yang banyak kerja sebegini, tersangatlah tidak ada dalam list to do! Hehehe... Tapi andainya ada yang sudi menghulur, kedua-dua tangan ini sudi saja menerimanya dengan hati yang terbuka!

Cantik baking tray yang Sue guna. Tapi mama sekarang ni, memang dah stop beli segala tools berkaitan dengan baking baking ni... macam dah malas. Harap-harap tak akan terus malas untuk update blog aje... huhuhu

Kakzakie Purvit said...

Jauh benar dgn kakak kalau dekat nak kakak order. Nampak sedapnya... terliur kakak dibuatnya:)

cikmanggis said...

pernah nampak kat yummy bakery acuan ni.Cantik boleh buat puding dan agar-agar :)

Nely's Kitchen said...

Salam sue..wah canteknya kek karamel tu..acuan pon cantek.

zila norazila said...

cantik la sue..berukir2..syg plk nak makan nie..

Ana Jingga said...

sangat menarik dan nampak cantik sekali...1st time tgk acuan yg cantik ni...tq berkongsi resepi..

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum..

Kak Sara..Alhamdulillah..itulah rezeki namanya...Semoga tempahan makin bertambah..

Kak Yan...Yup..guna acuan seperti yang dalam gambar tu... ^___^

Kak MamaFami..Betul tu...Bila sampai satu tahap, kita pasti akan slow/stop mengumpul barang2 seperti ini, lebih2 lagi bila tempat menyimpannya semakin sempit....

Sue @ Nenie said...

Kak Zakie...Boleh bake dalam mana2 loyang yang pasti hasilnya...emmmmm sedappppp

Kak CM....Iya..boleh guna macam2 selain puding, agar2 pun boleh...

Kak Lyza..Thanks....

Sue @ Nenie said...

Kak Zila...he he he he

Kak Anajingga...Terima kasihhh...

Cho Zila said...

teruja nak makan....