Thursday, April 21, 2011

Opor Ayam

Salam..Kembali muncul dipetang hari...Haaaa kalau sebelum ni kita dah menyantap ngan lauk merah dan kuning, hari ni kita layan lauk putih pula..Bahan utamanya masih lagi ayam...Haiiiii nak wat camne....Permintaan tinggi...


Lagi-lagi rujuk dari sini...Amboiiiii...mentang-mentanglah buku baru, tiap-tiap hari nak belek yaaaaaa.....Nak wat camne, bila belek2, banyak jugalah resipinya yang simple2 dan macam sedappppp je..Tu yang cuba tu...At least, len kali bila nak tambah koleksi buku masakan lagi, Cik Hubby takdelah jeling-jeling perli-perli harap buku jeeee bersusun-susun, tapi asyik-asyik ayam goreng jeee yang dihidang...Pssttt..Itu kite yang terfikir sendiri lerrrr, so far, kalau tak sempat pun dia tak paksa..Dia pun fahamkan Kite pun kerja, so kalau sempat dan larat, masak lah..kalau tak boleh pindah ke Plan-B tak pun Plan-C....Ngeeeee

Oppsss...merapu pula yaaa....Oklah, jom kita layan lagi resipi kampung kegemaran Tunku Kite ni

BAHAN-BAHAN
  • 500 gm ayam (dipotong kecil-kecil)
  • 25 ml minyak masak
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 cm lengkuas (dicincang)
  • 2 cm halia (dihiris halus-halus)
  • 4 ulas bawang merah (dihiris nipis)
  • 4 biji buah keras
  • 100 ml santan pekat
  • 3 helai daun salam ~Sue gantikan ngan daun bay
  • 3 tangkai cili merah (Dihiris halus) ~ Sue belah 2
  • Garam dan gula secukup rasa
PENYEDIAANNYA
  1. Panaskan minyak di dalam periuk di atas api kecil
  2. Tumis serai, lengkuas, bawang merah, halia dan buah keras sehingga wangi
  3. Masukkan ayam dan masak selama 3 min.Kacau rata-rata
  4. Masukkan santan dan biarkan merenih selama 20min atau sehingga ayam empuk
  5. Masak sehingga kuah pekat.Masukkan daun salam bay serta cili merah.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Sedia dihidang

3 comments:

Nieza said...

sedap ni...mau bertambah nasi ni...:)

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Sue makan ngan nasi impit pun sedap agaknya ya

Sue @ Nenie said...

salam...
Nieza...Sedap lagi-lagi kalo pekena ngan nasi panas...

Kak Ros,
Ia tak pedas....Tapi kalau kena ngan selera...tak salah kan....